• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dikata Kurang Ajar, Pelakon Baru Aishah Ilias Mohon Maaf

oleh Ahmad Albab
21/10/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon baharu, Aishah Ilias memohon maaf kepada mana-mana syarikat produksi yang mungkin berkecil hati apabila dia dikatakan bersikap kurang ajar dan tidak berdisiplin.

Aishah atau nama sebenarnya Siti Aishah Ilias, 27, menjelaskan, rasa kurang senang itu mungkin berpunca daripada salah faham komunikasi antaranya serta individu yang terbabit.

“Kalau ada pihak tidak berpuas hati dengan sikap saya yang dikatakan kurang ajar, saya memohon maaf kepada individu itu. Mungkin nada atau kata-kata saya ketika itu buatkan mereka tersinggung tanpa saya sedar.

“Tetapi tidak tahu pula jika saya dianggap tidak berdisiplin kerana setakat ini saya memberi komitmen kerja sepenuhnya. Cuma ada la sekali dua saya lambat ke set. Itu pun tak sampai setengah jam,” katanya kepada mStar Online apabila diminta komen mengenai laporan kononnya dia tidak berdisiplin dan menimbulkan masalah di set penggambaran.

Pelakon itu turut dikatakan tidak menghormati kru serta beberapa pelakon senior.

Sementara itu, Aishah berkata, laporan tersebut tidak membuatkan dia berkecil hati kerana ia sebagai satu pelajaran tetapi berasa sedikit risau kerana ia mungkin menjejaskan kariernya pada masa depan.

“Tipulah jika saya tidak risau dengan isu yang timbul ini. Tetapi sebagai pendatang baru, banyak perkara yang perlu saya belajar untuk menjadi seorang pelakon yang matang dan profesional.

“Sekali lagi, saya ingin memohon maaf, mungkin saya ada terlanjur kata atau tingkah laku sehingga membuatkan orang kurang senang. Apa-apa pun saya tetap menerima setiap teguran dengan hati terbuka,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Aishah masih lagi memberi tumpuan sepenuhnya terhadap telenovela 130 episod iaitu Cinta Ibadah yang masih lagi dalam penggambaran.

Katanya, sejak drama itu disiarkan, dia menerima pelbagai tawaran lakonan namun terpaksa menolaknya kerana mahu memberikan komitmen terhadap penggambaran tersebut.

Cinta Ibadah siaran disiarkan di Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 5 petang sejak 8 September 2014. – mStar Online

Tags: Artispelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

Pelakon Veteran Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

26/11/2025
0

KUALA LUMPUR – Pelakon era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid, meninggal dunia berseorangan di kediamannya pada jam 9.10 malam, Selasa....

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

Saya Dilayan Seperti ‘Anjing Kurap’– Ibu Aktres Popular

12/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Ibu pelakon popular mendakwa dia dilayan seperti 'anjing kurap' oleh darah dagingnya sendiri, sehingga nekad membuat laporan polis....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd