Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

PM Umum Lulus RM43.5...

KUALA KANGSAR - Hasrat pembangkang cuba menjadikan ketiadaan jambatan di Manong menghubungkan kira-kira...

Tiada ‘Walk-In’ Untuk Dapatkan...

PUTRAJAYA - Pemberian vaksin secara 'walk-in' tidak dibenarkan di mana-mana Pusat Pemberian Vaksin...

Perhilitan Pindah Gajah Liar...

JELI - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan memindahkan seekor...

PAS Jadikan Isu Projek...

TUMPAT - Projek tebatan banjir sepanjang Jalan Kasban di Sungai Golok yang dibina...

Program Sentuh Anjing Hina Hukum Allah – Dr MAZA

Isu program ‘I Want To Touch A Dog’ yang berlangsung sabtu lepas di Central Park, One Utama masih berlanjutan diperkatakan masyarakat, terutamanya sensitiviti komuniti Islam.

Menurut laporan The Malaysian Insider, bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, hukum menyentuh anjing tidak haram walaupun haiwan berkenaan digolongkan dalam najis berat.

Memetik kenyataan Asri dalam portal berkenaan,”Sebahagian fuqaha (pentafsir Al-Quran dan Al-Hadis) hanya membataskan najis anjing itu hanya jilatannya kerana itu sahaja yang disebut dalam hadis.”

IMG_0158-931x620 anjing_siti_keluarga

Asri juga menambah, ulama sepakat bersetuju bahawa anjing yang kering tidak tergolong dalam najis, namun demikian sekiranya ia dalam keadaan najis (basah), maka perlulah dibasuh untuk beribadat dan berurusan dengan masyarakat.

Tambah pensyarah Universiti Sains Malaysia(USM) itu, jika najis haram disentuh maka mereka juga diharamkan untuk menyentuh najis diri sendiri, anak atau sesiapa sahaja di bawah jagaan.

Beliau juga memberi contoh individu yang bekerja membersihkan tandas, doktor dan jururawat yang mencuci darah dan nanah serta doktor veterinar.

Bagi isu memelihara anjing di dalam rumah pula, Asri berkata jika tidak mempunyai tujuan maka hukumnya menjadi makruh.

Beliau merujuk kepada hadis Islam yang tidak menyebut ia merupakan satu dosa dan hanya pengurangan pahala walaupun ada ulama mengatakan tindakan tersebut adalah haram.


Beliau turut memberi pendapat tentang makruh memelihara anjing dalam rumah dan mengaitkan dengan faktor kerohanian dan kemasyarakatan, seperti masalah bau, kesihatan dan salakan.

Isu program ‘I Want To Touch A Dog’ mendapat reaksi bercampur, termasuk kenyataan dari Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang menyeru agar penganjur dan pengunjung untuk bertaubat.

mufti kelantan

Kata beliau kepada Sinar Harian, “Jika dianjurkan oleh orang Islam, dia sebenarnya menghina hukum Allah dan boleh dianggap sebagai satu sindiran tajam terhadap kewibawaan umat Islam. Bertaubatlah.” – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori