• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Imam Rock’: “Rock Macamana Pun Kita, Allah Jangan Lupa Bro”

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur – “Rock macamana pun kita, Allah jangan lupa bro.” Itu pegangan bintang rock Facebook (FB), Mohd Azlan Ahmad, 33, atau lebih dikenali sebagai Alen Castello yang mencetus fenomena apabila videonya menyanyikan lagu ‘She’s Gone’ menjadi viral selepas dimuat naik di laman FB Harian Metro (HM) pada 10 September lalu.

Lebih membanggakan, selain memiliki vokal hebat, Azlan juga adalah seorang imam di Masjid Ar Rahman, Batu Ferringhi sejak dua tahun lalu.

Terbaru, dia memuat naik video yang dirakam ketika dia membaca khutbah Aidiladha di masjid berkenaan Ahad lalu.
Setakat ini video berkenaan yang turut dimuat naik di laman FB HM mendapat 17,592 likes, 177,379 tontonan dan 2,263 kongsian.

“Syukur Alhamdulillah, apabila video yang dipaparkan HM sebelum ini menjadi viral usaha saya berdakwah menjadi lebih mudah kerana semakin ramai pengguna FB mengenali saya,” kata bapa kepada tiga anak itu.

Jelasnya disamping berhibur, dia turut menggunakan akaun FB untuk berdakwah dengan menyelitkan nasihat keagamaan dan semakin hari ramai pengguna memberi respon yang baik.

“Bagi saya genre muzik seperti rock jika diselitkan dengan unsur dakwah dan nasihat boleh memikat hati pendengar khususnya di kalangan generasi muda,” jelasnya ketika dihubungi hari ini.

Lazimnya dia bertugas sebagai imam pada siang hari iaitu pada waktu solat Zohor dan Asar, dan kemudian memulakan perniagaan char kuetiau di Batu Ferringhi selepas waktu Maghrib.

“Saya juga menjadi imam solat Jumaat dua kali sebulan, dan kadang kala bertugas menjadi bilal jika diperlukan jemaah masjid,” katanya yang mengaji sekolah pondok sejak berusia 13 tahun.

Pada mulanya dia khuatir jika video yang menjadi viral memberi imej yang tidak baik kerana tugasnya sebagai seorang imam namun jemaah masjid memberi sokongan kepadanya kerana beranggapan ia adalah kaedah yang baik untuk menarik orang muda mendekati agama.

“Setakat ini mereka (jemaah masjid) tiada masalah untuk saya teruskan tugas sebagai imam malah mereka memberi kata-kata semangat,” katanya lagi. – myMetro Online

Tags: ImamRock
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

Tak Baca Khutbah Disediakan JAIPk, 4 Imam Digantung Tugas

09/02/2025
0

IPOH: Empat khatib yang juga imam masjid di negeri ini digantung tugas sementara kerana menyampaikan khutbah Jumaat bukan dikeluarkan Jabatan...

Kedah Tiada Hasrat Dedah Nama Pasangan Nikah Di Thailand

Imam Rebah, Meninggal Dunia Ketika Solat Subuh Di Masjid

23/03/2024
0

SEGAMAT - Imam 1 Masjid Jamek Kampung Sermi di sini, Mohd Razif Hussin, 62, yang rebah sebelum meninggal dunia ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd