• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hati Mulia Penjual Mi Bantu Peminta Sedekah Dibalas

oleh Ahmad Albab
13/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ketika berusia 17 tahun, He Rongfeng pernah merempat di Bandar Tiazhou, China kerana tidak mampu untuk hidup senang.

Ketika itu, beliau bersama dua kawan merantau untuk mencari pekerjaan namun gagal dan terpaksa tinggal di tepi jalan tanpa sesenpun, kelaparan hatta tidak memiliki kasut untuk dipakai.

Namun demikian, kemuliaan hati yang dimiliki oleh penjual mi, Dai Xingfen menjadi titik tolak kepada kisah menyentuh hati ini.

Xingfen menjemput Rongfeng dan kawan-kawannya untuk tinggal di apartmennya yang sempit, memberi mereka makan dan mengizinkan mereka untuk tinggal sementara di situ.

Xingfen juga menghubungi beberapa kenalan dan mencari pekerjaan buat anak-anak muda tersebut. Malahan, dia juga memberi wang kepada mereka sebagai tambang sebelum berpisah.

Namun, nasihat oleh Xingfen merupakan ‘bantuan’ yang paling bermakna apabila wanita tersebut berkata, tidak mengapa jika tidak mempunyai wang yang banyak, namun berusaha untuk jadi seorang yang lebih baik.

Selama beberapa tahun, He Rongfeng berkerja keras dalam industri perabot dan menjadi usahawan berjaya di Bandar Shenyang, namun dia tidak pernah melupakan jasa Xingfen.

Kembali ke tempat pertemuan mereka 21 tahun lepas, Dai menawarkan sejumlah wang sebanyak kira-kira 1 juta yuan (lebih USD 160, 000) sebagai penghargaan kepada wanita tersebut.

Pertemuan tersebut sangat menghibakan bagi kedua-dua mereka, namun Xingfen menolak tawaran yang diberikan Rongfen kerana beranggapan, dia tidak membantu lelaki budiman tersebut untuk menjadi kaya.

Tambah wanita berusia 45 tahun tersebut, Rongfen membuatnya terharu kerana masih mengingatinya walaupun peristiwa itu telah lama berlalu.

Akhirnya, He Rongfeng memberikan Dai Xingfeng sebuah papan tanda yang tertulis ucapan ‘terima kasih yang tidak terhingga’. – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

Anwar Lontar Laungan Keramat: “Lawan Tetap Lawan! Membujur Lalu Melintang Patah!”

17/05/2026
0

JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali melontarkan laungan keramat beliau, “Lawan Tetap Lawan!,...

Saya Selalu Dituduh Dengan Kata-Kata Hina ‘Raja Formula’, ‘Merajuk’, ‘Nyet Nyet Nyet’ – Rafizi

Saya Selalu Dituduh Dengan Kata-Kata Hina ‘Raja Formula’, ‘Merajuk’, ‘Nyet Nyet Nyet’ – Rafizi

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Rafizi Ramli mengakui beliau sering menjadi sasaran pelbagai sindiran dan gelaran seperti 'raja formula', 'merajuk'...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd