• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hasil Kutipan GST Dianggarkan RM23.2 Bilion – Najib

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, hasil kutipan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan April tahun depan dengan kadar enam peratus, dianggarkan berjumlah RM23.2 bilion.

Bagaimanapun, beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan mengecualikan sebilangan barangan daripada dikenakan GST yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM3.8 bilion.

“Harus diketahui bahawa dengan pelaksanaan GST ini, maka Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) dimansuhkan yang menyebabkan kehilangan hasil kerajaan sebanyak RM13.8 bilion.

“Ertinya, bila ditolak RM13.8 bilion dan RM3.8 bilion daripada kutipan RM23.2 bilion itu, baki yang ada berjumlah RM5.6 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis bagi soalan daripada Teresa Kok Suh Sim (DAP-Seputeh) pada persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Najib berkata, jumlah kos yang terlibat bagi melaksanakan GST pula ialah sebanyak RM137 juta.

Beliau berkata, syarikat yang mencapai nilai ambang RM500,000 tetapi tidak mendaftar dan tidak mengutip GST boleh dikenakan denda sebanyak RM30,000 atau pemiliknya boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

“Bagi syarikat kecil di bawah nilai ambang RM500,000, mereka tidak diwajibkan untuk berdaftar dan dengan itu isu mengutip GST tidak berbangkit,” katanya. – BERNAMA

Tags: GSTNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

Saya Tidak Mahu Cukai Ke Atas Rakyat Secara Menyeluruh – PMX Anwar

18/08/2026
0

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan mengekalkan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebagai asas sistem...

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd