• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Malaya Berwajah Baharu Menjelang Piala AFF Suzuki

oleh Ahmad Albab
31/10/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harimau Malaya bakal tampil dengan semangat baharu menjelang saingan Piala AFF Suzuki 2014 apabila Nike Malaysia hari ini melancarkan jersi terkini pasukan bola sepak kebangsaan itu.

Pengurus pemasarannya, Robin Kok berkata menerusi rekaan terkini itu, secara simbolik ianya menggambarkan semangat baharu pasukan negara yang sudah pasti akan mendapat sokongan padu dari seluruh peminat bola sepak negara.

“Diharap kit ini akan membakar semangat berani dalam diri pasukan dan juga memberi insipirasi kepada para peminat bagi menggapai kecemerlangan dalam diri masing-masing,” katanya kepada pemberita pada majlis memperkenalkan kit terbaharu pasukan Harimau Malaya di Nike store, Pavilion di sini, hari ini.

Beliau berkata jalur hitam kuning pada jersi ‘home’ (bermain di tempat sendiri) melambangkan kemegahan negara dan corak tersebut mula digunakan sejak 1958 dan kemudiannya mendapat sentuhan moden sesuai dengan perubanan masa.

Jersi ‘away’ (bermain di tampat lawan) pula menyerlahkan warna biru terang dengan kolar putih dengan gaya polo moden berserta dengan slogan “TANAH TUMPAHNYA DARAHKU” direka semula bagi menonjolkan semangat berani yang dimiliki pasukan kebangsaan.

Peminat boleh mendapatkan kit terbaharu itu secara eksklusif dengan harga RM249 di kedai berdaftar Nike Pavilion KL, KLCC, Sunway Pyramid, TFC Lot10, TFC Pertama, dan Al-Ikhsan KL Festival City bermula pada jam 8.30 malam ini sebelum dibuka untuk semua kedai berdaftar Nike yang lain pada 1 Nov.

Pasukan Harimau Malaya akan memulakan kempen Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dalam perlawanan peringkat Kumpulan A bersama-sama dengan Myanmar, Thailand dan pasukan tuan rumah.

Untuk rekod, kali terakhir pasukan Harimau Malaya memenangi kejohanan itu adalah pada 2010 selepas menewaskan pasukan Indonesia secara agregat 4-2.- BERNAMA

Tags: Harimau Malaya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd