• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Kereta Pasca GST Bergantung Kepada Tukaran Asing

oleh Ahmad Albab
06/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Harga kereta baharu secara umumnya dijangka turun antara satu dan tiga peratus selepas pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), tetapi akan diimbangi oleh harga tinggi komponen kenderaan yang diimport berikutan faktor pertukaran asing.

Komponen kenderaan kebanyakannya diimport dari Jepun dan jika yen meningkat berbanding ringgit, penjimatan satu hingga tiga peratus boleh berkurangan kerana kos komponen kini akan lebih tinggi dan akan mempengaruhi harga kereta.

Pengarah Bahagian GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Datuk Subromaniam Tholasy berkata, tiada siapa tahu kadar pertukaran asing sebenar pada Disember ini atau Januari tahun depan.

“Oleh itu, saya tidak akan sekali-kali mengatakan bahawa harga kereta akan turun. Saya tidak tahu, tiada siapa yang tahu,” katanya kepada Bernama.

GST yang akan berkuat kuasa pada 1 April, 2015, sepatutnya menurunkan harga kereta antara satu peratus dan tiga peratus.

“Terdapat sedikit penjimatan tetapi kita perlu ingat, kos terbesar bagi kereta bukan komponen cukai, iaitu GST, tetapi kadar pertukaran asing.

“Secara teorinya, harga akan turun, antara satu hingga tiga peratus. Tetapi, kita perlu ingat, itu untuk kereta baru,” katanya dan menambah secara tidak langsung akan turut menjejaskan harga kereta lama.

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebanyak 10 peratus akan dimansuhkan pada 1 April, 2015 dan diganti dengan GST yang ditetapkan pada enam peratus.

Dalam laporan sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia (MAI) Mohamad Madani Sahari berkata, pelaksanaan GST pada 2015 bakal merangsang permintaan bagi kenderaan dengan pengurangan harga disebabkan oleh pemansuhan SST.

Beliau berkata, jumlah keseluruhan industri (TIV) lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas didorong oleh kempen jualan yang agresif oleh peserta industri.

Unjuran TIV bagi tahun ini daripada 670,000 unit telah disemak semula kepada 680,000 unit.

MAI melaporkan TIV bagi tempoh Januari hingga Julai berjumlah 11,490 unit atau tiga peratus lebih tinggi berbanding tempoh yang sama pada 2013. – BERNAMA

Tags: GST
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

Selepas Madani Mart, Akmal Saran Laksana Semula GST – ‘Madani Tax’

03/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mencadangkan kerajaan melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

GST Hanya Akan Dilaksanakan Sekiranya Ambang Gaji Minimum Lebih RM3,000 – PM

13/10/2024
0

PETALING JAYA : Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara memerlukan sedikit masa untuk melaksanakan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd