• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guru Wanita Dikhuatiri Lemas Di Sungai Muda

oleh Ahmad Albab
30/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI PETANI – Seorang guru wanita dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam Sungai Muda berdekatan Kampung Pantai Cicar, Kuala Ketil dekat sini.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa, Siti Hajar Bakar, 48, yang dikatakan terjatuh ke dalam sungai berkenaan pagi semalam masih dijalankan setelah usaha yang dilakukan sejak petang semalam oleh anggota penyelamat tidak menemui mangsa.

Timbalan Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani Rosdi Ismail berkata kawasan operasi pada hari ini diperluaskan bagaimanapun keadaan air sungai yang keruh serta deras melambatkan kerja-kerja mencari.

Beliau berkata lapan anggota unit Skuba terbabit dalam operasi itu dengan dibantu tujuh anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Petani.

Turut membantu dalam operasi itu anggota polis, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk tempatan serta kaum keluarga mangsa, katanya di sini hari ini.

Anggota Bomba terpaksa menggunakan bot sepanjang operasi kerana keadaan Sungai Muda yang dalam dan berarus deras.

Beberapa penduduk kampung mendakwa melihat seorang wanita mundar-mandir di atas jambatan Syed Omar berhampiran Kampung Pantai Cicar kira-kira 7 pagi semalam.

Rosdi berkata pihaknya mendapat petunjuk mangsa terjatuh ke dalam Sungai Muda kerana ada kesan tapak kaki di atas paip besar di jambatan itu serta penemuan sebelah selipar yang disahkan milik mangsa.

“Operasi mencari dan menyelamat dilakukan awalnya di dua kawasan berdekatan termasuk kawasan semak dan ladang kelapa sawit berdekatan tempat kejadian dan dalam sungai di mana mangsa dipercayai terjatuh,” katanya.

Mangsa yang tinggal di kawasan perumahan Taman Petani Jaya di sini bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Bakar Arang di sini, datang ke kawasan kejadian dengan memandu kereta dan meletakkan kenderaannya di tepi jalan raya berdekatan Kampung Pantai Cicar. – BERNAMA

Tags: Gurumati lemas
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

‘Hati-Hati Tafsir Kategori T20, Gaji RM13,000 Di KL Boleh Jatuh Ke M40 B40’

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengingatkan berhati-hati dalam mentafsir kategori T20 atau...

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

Guru Sekolah Swasta Maut Digilis Treler Di SILK, Nahas Libat Tiga Kenderaan

09/04/2026
0

KAJANG – Seorang guru sekolah swasta maut dalam keadaan tragis selepas digilis sebuah treler dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd