Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru sahaja turun padang untuk menyampaikan trofi juara MotoGP pada saingan Grand Prix Motosikal Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, petang tadi.
Mungkin sejak dari kecil lagi, Tun Dr Mahathir atau lebih mesra dengan panggilan Tun M sememangnya meminati arena permotoran jika dilihat dari gayanya yang pasti akan menghadiri kebanyakkan kejohanan permotoran tanah air.
Umur bukanlah penghalang untuk meminati sukan permotoran ye dak?
Daripada gambar yang dikongsikan, gaya kekuda kakinya sememangnya menampakan ciri-ciri seorang ‘otai’ dalam arena permotoran.
Turut menemani Tun M ialah Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang seakan bergurau dengan Tun M tentang cara menunggang motorsikal berkuasa besar ini dengan betul.
Itu pun satu kelainan juga… bila kita pernah lihat KJ dan Tun M di satu majlis yang sama kan?
Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

