SEJAK berhijrah ke negara kelahiran isterinya, nama Ashraf Sinclair dilihat semakin pudar dari ingatan peminat-peminat tanah air.
Namun begitu, buat peminat setianya pasti akan boleh tahu perkembangan terbaharu aktor ini yang kini sedang bergiat aktif melakonkan watak dalam sinetron yang menerima sambutan hangat daripada peminatnya di Indonesia.
Ini kerana Ashraf yang juga abang kepada selebriti Aishah Sinclair gemar berkongsi gambar yang merencana segala aktiviti baik daripada segi kerja mahupun kehidupan peribadinya di laman Instagram miliknya.
Ashraf mendirikan rumah tangga dengan penyanyi dan pelakon popular, Bunga Citra Lestari pada 8 November 2008 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Noah Sinclair yang kini sudah pun menginjak usia empat tahun.
Selain laris dengan tawaran lakonan, Ashraf juga melibatkan diri dalam perniagaan francais makanan apabila dikhabarkan sudah membuka beberapa cawangan restoran TGIF di sekitar Indonesia. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: JULIANA JOHAR






