• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fizz Fairuz Tidak Ambil Kesempatan Adegan Peluk 2 Artis

oleh Ahmad Albab
17/10/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Fizz Fairuz tidak penah menyimpan hasrat untuk mengambil kesempatan terhadap dua aktres iaitu Lisa Surihani dan Miera Leyana apabila terpaksa berpeluk dengan dmereka yang menjadi isterinya dalam filem terbaharu mereka berjudul Dendam Orang Mati.

Fizz, 35, berkata, adegan tersebut dilakukan atas dasar memenuhi kehendak skrip dan jalan cerita yang ingin disampaikan pengarahnya, Jason Chong dan ia tidak lebih daripada itu.

“Ada beberapa babak yang mungkin tidak menyenangkan penonton dan ingin saya tegaskan bahawa ia sekadar memenuhi kehendak skrip dan bukannya saya sengaja ingin mengambil kesempatan terhadap mereka.

“Kami semua profesional dan apa yang dilihat dalam filem itu nanti hanyalah sekadar tanggungjawab kami untuk menjayakan watak diberikan,” katanya kepada mStar Online.

Fizz ditemui selepas majlis tayangan perdana filem berkenaan yang diadakan di Cathay E@Curve di sini pada Rabu lalu.

Dendam Orang Mati bakal menemui penonton dipawagam bermula 23 Oktober ini.

Bercakap mengenai filem itu, Fizz berkata, dia menerima pelawaan untuk membintangi karya berkenaan kerana sudah lama berhajat untuk bergandingan dengan aktres berkenaan.

Malah Fizz turut memuji kredibiliti isteri kepada Yusry Abdul Halim itu yang berjaya menterjemahkan watak sebagai wanita psiko dengan baik.

Lisa adalah antara sebab saya terima tawaran berlakon dalam filem ini kerana kagum dengan bakatnya dan wataknya sebagai Lena dalam Dendam Orang Mati sangat mengagumkan,” jelasnya.

Sementara itu, Fizz turut mengakui pada awalnya dia agak sukar dan keliru untuk menyampaikan wataknya sebagai Shahrul kerana tidak memahami kehendak pengarahnya.

Bagaimanapun kata Fizz, selepas menonton sendiri karya berkenaan, dia sangat berpuas hati dengan hasil akhir filem itu dan menganggap Jason mempunyai sentuhan luar biasa sebagai pengarah.

Ini pertama kali saya berlakon dibawah arahan Jason dan harus akui saya keliru dengan apa yang cuba dia lakukan pada watak saya tetapi selepas melihat hasilnya saya mula memahami apa yang cuba dilakukan Jason semasa berada di set penggambaran.

“Banyak yang saya belajar daripada Jason dan pengalaman berada di set dalam jangka masa panjang nampaknya berbaloi,” katanya.

Dendam Orang Mati mengisahkan misteri Lena yang tersedar dari koma selama dua tahun dan hilang ingatan akibat kemalangan.

Lena mula mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku di flat tersebut ekoran berlakunya beberapa kejadian aneh dan menyeramkan. Gangguan seram tersebut sekali gus memberi tekanan terhadap Lena yang terasa diabaikan oleh suaminya, Sharul yang berkahwin lain. – mStar Online

Tags: ArtisFizz Fairuz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd