• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fattah Amin Tidak Tumpang Populariti Kekasih Sendiri

oleh Ahmad Albab
18/10/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelakon Fattah Amin tidak pernah menumpang populariti aktres Sherry Ibrahim ekoran hubungan rapat mereka yang hebat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 24, berkata, dia ikhlas berkawan dengan Sherry malah menyenangi wanita tersebut dan cakap-cakap dia cuba meraih perhatian adalah tidak benar.

“Persoalan saya tumpang popularitinya tidak wujud kerana saya tidak rasa saya cuba mengambil kesempatan dengan berbuat demikian.

“Malah cerita keakraban kami tidak memberi kesan kepada kerjaya saya kerana setakat ini tiada apa yang luar biasa,” katanya kepada mStar Online.

Fattah ditemui pada majlis pertunjukkan fesyen Rafflesia bersempena sambutan Hari Deepavali di Hotel Park Royal di sini pada Jumaat.

Turut sama memeriahkan acara itu ialah Miera Leyana, Nur Fathia, Jasmine Michael, Kavitha Thiagarajan dan Chris Tong.

Mereka hadir dengan busana tradisional masyarakat India rekaan Avalon.

Turut sama hadir pada acara itu adalah Pengarah Urusan Rafflesia, Winnie Sin.

Dalam pada itu, Fattah berkata, setakat ini hubungannya dengan Sherry, masih diperingkat mengenali hati buding masing-masing dan belum ke tahap serius.

Jelas Fattah, biarpun mereka mempunyai jurang usia berbeza namun dia amat menyenangi sikap matang dan ramah Sherry.

“Sebelum ini saya tidak pernah rapat dengan mana-mana artis wanita tetapi sikap Sherry yang tidak sombong dan suka membantu membuatkan saya selesa berkawan dengannya.

“Bagaimanapun masih terlalu awal untuk bercakap soal cinta kerana buat masa ini kami masih dalam peringkat berkawan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Fattah sedang dalam proses penggambaran drama bersiri terbaharunya berjudul Bencinta disamping aktres Nur Fathia terbitan Zeel Productions. – mStar Online

Tags: Artispelakon
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

PMX Mungkin Maksudkan Pemimpin PH, Sombong Tak Fikir Orang Bawah Nak Harga Barang Turun – Shahrol Shiro

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Pelakon Shahrol Shiro tampil dengan kenyataan sinis berhubung ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa rakyat...

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd