• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAMA cadang Ambil Tindakan Mahkamah Pihak Gagal Patuhi GLP

oleh Ahmad Albab
12/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TASEK GELUGOR – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bercadang untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang gagal mematuhi Peraturan Gred, Pembungkusan dan Label (GPL).

Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Fama Mohd Nawawi Harun berkata tindakan keras perlu dikenakan terhadap mereka masih berdegil dan tidak mengikut peraturan GPL.

“Fama bercadang untuk membawa mereka yang tidak mematuhi GPL ke mahkamah. Pada masa ini, mereka yang tidak patuhi peraturan hanya diberi peringatan, surat amaran dan rampasan sayuran dan buah-buahan dilakukan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Pematuhan GPL peringkat Pulau Pinang di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Dua Muhammad Yusoff Mohd Noor.

Menurut Mohd Nawawi, sehingga Oktober 2013, sebanyak 669 surat amaran telah dikeluarkan kepada pengeksport, pengimport, pemborong serta peruncit sayuran serta buah-buahan kerana gagal mematuhi peraturan GPL.

Mohd Nawawi berkata lebih 50 surat amaran telah dikeluarkan kepada pasar raya, pemborong, peniaga pasar dan peruncit di Pulau Pinang kerana gagal mematuhi peraturan GPL.

“Tinjauan menunjukkan mereka yang tidak patuhi GPL, hasil pertanian mereka akan alami kerosakan tinggi iaitu sebanyak 30 peratus. GPL dapat kurangkan kerosakan dan menurunkan kos peniaga,” katanya.

Selain itu, Mohd Nawawi berkata GPL menjamin kualiti hasil yang dipasarkan, mengelak penipuan, memastikan hasil pertanian selamat digunakan, mengurangkan kerugian dan pembaziran, tidak merosakan kualiti produk dan peniaga boleh mendapat keuntungan yang tinggi.

Beliau berkata, Fama akan meneruskan kempen dan program pematuhan GPL supaya penglibatan lebih hebat bukan sahaja daripada pasar raya tetapi peniaga pasar, peruncit serta golongan petani.

Peraturan GPL yang dikuatkuasakan pada 1 Julai tahun lepas merupakan peraturan yang memastikan penjualan keluaran pertanian secara borong dan runcit digred, dibungkus dan dilabel sebelum dipasarkan ke pasaran tempatan, dieksport atau diimport. – BERNAMA

Tags: FAMAkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

JIPS Siasat Tindakan Juruiring Tahan Kenderaan Berat Secara Tiba-tiba

Penggangur Didakwa Tipu RM8,000 Konon Boleh Bantu Selesai Kes Mahkamah

26/02/2024
0

Butterworth: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan memperdaya seorang lelaki menyerahkan RM8,000 bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd