• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Elaun Ahli Parlimen Bakal Naik, Kenaikan Sederhana

oleh AK-47
08/10/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ahli Parlimen dijangka akan mendapat kenaikan elaun dan gaji pada pembentangan Bajet 2015 pada Jumaat ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata kenaikan itu adalah pada tahap sederhana dan berlandaskan kepada prestasi kewangan negara.

Beliau berkata kenaikan itu bagaimanapun tidak diperolehi oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri tetapi melibatkan Ahli Parlimen sahaja.

[BACA – Ahli Parlimen Langkawi Mohon Maaf Kepada Orang Jawa!]

“Ini bukan satu peningkatan yang mendadak tetapi sederhana. Ini perubahan yang biasa berdasarkan kepada pandangan-pandangan dari semua pihak. Rakyat juga berpandangan ahli parlimen wajar perubahan gaji…sedikit (kenaikan).

“Kita menunggu Perdana Menteri untuk mengumumkannya, mungkin masa bajet (Jumaat) atau masa lain daripada persidangan ini,” katanya kepada wartawan di Lobi Parlimen hari ini.

Menurutnya, kenaikan pada Bajet 2015 kali ini turut dipersetujui oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ketua pembangkang telah bersetuju, tiada masalah. Yang lain juga (Ahli Parlimen) pada dasarnya bersetuju.

“Tapi kalau ada yang tidak bersetuju, tak payah fikirlah, buang masa fikir. Ikatlah perutmu, tak ada masalah,” katanya.

Pada Oktober 2011, kerajaan pernah turut membuat keputusan untuk untuk menaikkan kadar elaun dan gaji Ahli Parlimen tetapi ianya ditarik balik kerana mendapat bantahan daripada wakil rakyat pembangkang.

Pada ketika itu, kenaikan itu melibatkan peruntukan kira-kira RM30 juta dalam Bajet 2012.

“Cadangan kenaikan berkenaan dibantah keras oleh pemimpin utama pembangkang, jadi saya mengambil maklum bahawa mereka bercakap bagi pihak ahli Parlimen lain daripada parti masing-masing.

“Jadi saya gagal untuk buktikan kepada Perdana Menteri bahawa cadangan ini mendapat sokongan penuh daripada ahli-ahli Parlimen sendiri,” kata Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu.

Menurut Mohamed Nazri, empat Ahli Perlimen yang membuat bantahan keras berkenaan ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Gaji semasa seorang ahli Parlimen di Malaysia berjumlah RM6,500 sebulan iaitu paling rendah jika dibandingkan dengan negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Tags: Ahli ParlimenParlimen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

PN Mohon Sidang Khas RCI Tabung Haji Ditangguh, Mahu PMX Bentang Sendiri Laporan

10/08/2026
0

KUALA LUMPUR – Perikatan Nasional (PN) mencadangkan agar Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan esok bagi membentangkan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja...

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

Peruntukan Parlimen: “Ini Duit Rakyat, Bukan Duit Parti Politik

09/08/2026
0

PETALING JAYA - Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya, Andy Teoh Tuck Wah turut mempersoalkan tindakan kerajaan yang didakwa menyalurkan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd