• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Parah Dalam Nahas Babitkan Tujuh Kenderaan

oleh Ahmad Albab
13/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Dua lelaki parah selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan termasuk sebuah lori tangki di Kilometer 68 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak di Bukit Tinggi dekat Bentong semalam.

Kenderaan terlibat ialah sebuah Proton Wira, sebuah kenderaan pelbagai guna Naza Ria, sebuah lori tangki Volvo, sebuah Proton Persona, sebuah kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux, sebuah Perodua Viva dan sebuah kereta Hyundai Getz.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, nahas jam 5.30 petang itu berlaku selepas kereta Proton Wira dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kuantan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan sebelum melanggar pembahagi jalan.

“Akibat itu sebuah MPV yang mengekori belakang kereta berkenaan tidak sempat membrek kenderaan lalu melanggarnya.

Pada masa sama lori tangki yang membawa muatan minyak telah berhenti secara mengejut di lokasi kejadian menyebabkan empat lagi terbabit melanggar belakang sesama sendiri,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pemandu Proton Wira terbabit mengalami patah kaki kanan manakala pemandu Naza Ria yang berusia 30-an patah tangan kiri dan kedua-dua lelaki tersebut kini dirawat di Hospital Bentong.

Pemandu serta penumpang kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan dan ada antara mereka sudah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong, katanya.

Katanya siasatan awal polis mendapati keadaan jalan yang berselekoh itu licin kerana hujan lebat menyebabkan Proton Wira berkenan terbabas sebelum dilanggar Naza Ria seterusnya menyebabkan kenderaan lain terlibat sama.

Mohamad Mansor berkata polis sudah mengambil keterangan daripada pemandu serta saksi kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd