• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Beranak Geng Pecah Rumah Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
13/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu – Polis Kelantan menahan lima lelaki termasuk dua beranak kerana terbabit dalam kegiatan pecah rumah dan penyimpanan senjata api dalam dua operasi berasingan minggu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan Asisten Komisioner Lai Yong Heng berkata, seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan dalam operasi pada Khamis lalu, kerana disyaki menyimpan pistol dan raifal di dalam rumah di Kampung Padang Bemban di sini.

“Suspek ditahan pada jam 6.40 petang sempena Ops Api, selepas disyaki menyimpan senjata api sejak setahun lalu.

“Manakala empat lelaki termasuk dua beranak berusia antara 13 hingga 31 tahun ditahan di hadapan sebuah stesen minyak di Kampung Gelong Gajah, Machang, Rabu lalu.

“Mereka ditahan dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva selepas didapati berada dalam berkeadaan mencurigakan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Lai berkata, siasatan mendapati suspek aktif melakukan kegiatan pecah rumah di tiga daerah, Machang, Tanah Merah dan Pasir Puteh.

Beliau percaya tangkapan itu mampu menyelesaikan beberapa kes pecah rumah di daerah berkenaan. – myMetro Online

Tags: kes samunpenjenayah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

Penjenayah Ditembak Mati Di Jitra Ada 40 Kes Jenayah

05/07/2025
0

JITRA: Seorang daripada dua penjenayah yang maut selepas berbalas tembakan dengan polis di susur masuk Lebuhraya Utara Selatan berdekatan Bandar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd