Friday, May 24, 2024

Creating liberating content

Hubungan PH-BN Kelantan Akan...

Kota Bharu : Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Kelantan...

“Saya Masih Boleh Simpan...

PUTRAJAYA - "Saya tak nampak ada masalah, jadi saya masih boleh simpan dia...

58 Pati Ditahan Dalam...

SEREMBAN - Seramai 58 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu...

Polis Marin Rampas 2,000...

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas 2,000 biji telur penyu yang cuba...

Dua Anggota Polis Didakwa Tuduhan Rasuah

BUTTERWORTH – Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan meminta dan menerima suapan pada 2010.

Mereka ialah Konstabel Zaidi Tahir, 27, yang menghadapi tiga pertuduhan manakala Lans Koperal Ismail Mohamad Bohari, 35, pula berhadapan dengan dua pertuduhan bersubahat melakukan rasuah.

Zaidi dituduh meminta suapan RM10,000 daripada Lee Chia Yoong sebagai dorongan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya dan Lee Theng Theng yang disyaki memiliki 96 biji pil Eramin 5.

Dia melakukan kesalahan itu di Jalan Kampung Puyu dalam daerah Seberang Perai Utara (SPU) antara 11 pagi dan 12 tengah hari pada 6 Nov 2010.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Zaidi juga dituduh menerima suapan RM5,000 daripada Chia Yoong pada 1 tengah hari, 6 Nov 2010 dan menerima RM3,000 antara 5 petang dan 5.15 petang pada 10 Nov 2010 di Stesen Minyak Caltex, Jalan Raja Uda, SPU.


Sementara itu Ismail pula dituduh bersubahat dengan Zaidi menerima suapan bernilai RM5,000 dan RM3,000 pada tarikh, masa dan tempat yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan Zaidi diikat jamin RM8,000 manakala Ismail RM6,000, masing-masing dengan seorang penjamin dan menetapkan 20 Nov untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa SPRM Kedah Syahrul Khuzaini Amiruddin. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori