• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dicaci Kerana Gelaran Datuk, Pian Alami Gangguan Mental

oleh Ahmad Albab
31/10/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

Masih ingat lagi dengan kontroversi yang melanda salah seorang ahli kumpulan lawak Cecupak iaitu Pian yang dikurniakan Darjah Jaksa Naning Melaka yang membawa gelaran Datuk kira-kira enam bulan lalu?

Darjah tersebut dikurniakan oleh puak Naning dan disampaikan sempena Hari Keputeraan Orang Kaya Seri Raja Merah Dato’ Undang Naning ke-21, Datuk Nordin Abd Jalil yang didakan di A’ Famosa Resort, Melaka.

Akibat dari berita tersebut, Pian bersama dua lagi personaliti yang menerima penganugerahan itu iaitu penyanyi Nash dan pelakon Boy Iman menerima kecaman banyak pihak yang mempertikaikan sumbangan mereka terhadap pembangunan industri seni.

pian-cecupak-boy-iman-dan-nash-gelaran-datuk-kerajaan-naning-melaka

Sementelah, gelaran Datuk tersebut tidak diiktiraf oleh mana-mana kerajaan negeri dan persekutuan.

Memetik kenyataan Pian di portal MStar:

“Terlalu banyak tekanan yang saya terima akibat gelaran itu termasuklah hinaan dan kata-kata kesat orang terhadap saya selama ini.”

Malah akibat daripada cercaan tersebut, Pian mengakui alami tekanan jiwa dan terpaksa mendapatkan rawatan pakar di Hospital Kuala Lumpur.

Setelah beberapa bulan berada dalam keadaan murung, Ogos lalu, Pian merujuk HKL dan dia disahkan mengalami tekanan perasaan. Oleh itu, dia terpaksa menjalani rawatan selama lapan bulan dan perlu menjalani khidmat kaunseling untuk pulih.

Dalam pada itu, Pian menafikan khabar angin mengatakan dia mengamuk kepada seorang jurufoto yang tidak menggunakan gelaran Datuk kepadanya, baru-baru ini.

Menurutnya, insiden tersebut berlaku akibat sikap kurang ajar individu terbabit yang memarahinya kerana tidak puas hati dengan perjalanan majlis.

“Ya, memang ada perselisihan faham antara saya dengan seorang jurugambar sebuah organisasi namun ia bukan disebabkan saya marah kerana tidak dipanggil Datuk.”

Ujar Pian, dia hanya dijemput untuk mengacarakan majlis tersebut, justeru dia berasakan tindakan individu tersebut tidak relevan dan tidak menghormatinya selaku orang lebih tua.

“Itu fitnah kalau dia kata saya marah sebab tidak dipanggil Datuk. Saya langsung tak kisah orang nak panggil apa pun.”

Namun, isu tersebut dianggap selesai apabila dia mengakui telah menghubungi ketua organisasi syarikat terbabit dan menjelaskan cerita sebenar yang berlaku.

Sebelum isu gelaran Datuk, Pian kerap dihimpit kontroversi lain, antaranya menyuntik muka dengan botox dan isu bakal berkahwin tetapi dinafikan pihak wanita. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: Artiskontroversi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Buru Wanita Curi Gelang Emas Bernilai RM41,000

Rosyam Nor Mohon Maaf

09/01/2024
1

Kuala Lumpur: Datuk Rosyam Nor, 57, yang mencetuskan kontroversi berikutan kenyataannya yang berpendapat pusat pelacuran perlu ada di negara ini...

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd