• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dadah: Kastam Syak Orang Dalam Jadi Dalang

oleh Ahmad Albab
27/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Penyeludup dadah melalui kiriman bungkusan mungkin menggunakan taktik baharu dalam kegiatan mereka, iaitu menggunakan khidmat ‘orang dalam’ untuk mengambil atau melepaskan bungkusan yang tidak disertakan alamat dan nombor telefon yang betul.

Ia antara sudut pertimbangan siasatan Kastam Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), ekoran ketibaan satu kiriman bungkusan berisi dadah methaphetamine seberat 1.03 kg di gudang pos KLIA pada Selasa lepas dari Lagos, Nigeria.

Pengarahnya, Datuk Chik Omar Chik Lim berkata, pemeriksaan terhadap bungkusan itu mendapati dadah bernilai kira-kira RM194,940 itu disimpan dalam tiga tin makanan.

Alamat untuk bungkusan itu dihantar serta nombor telefon yang tertera bagaimanapun tidak wujud, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

“Berdasarkan kes-kes sama sebelum ini, nombor telefon di parcel dapat dihubungi tetapi individu yang dihubungi mendakwa tidak mengetahui mengenai parcel tersebut. Untuk kes ini nombor yang tertera langsung tidak dapat dihubungi…kita takut ada orang dalam yang akan ambil parcel itu,” katanya.

Dalam kes berasingan, Chik Omar berkata, seorang lelaki warga China, 31, ditahan di KLIA2 berikutan penemuan dadah methapetamine seberat 2.68 kg bernilai RM509,200 dalam bagasinya pada Rabu lepas.

“Hasil pemeriksaan bagasi, anggota kastam menemui dadah tersebut yang disorok dalam ruangan khas bagasi,” katanya, sambil menambah lelaki tersebut tiba di Malaysia buat pertama kali.

Mengikut statistik Kastam KLIA, sepanjang Januari hingga Oktober tahun ini, Kargo KLIA merupakan lokasi tertinggi melibatkan rampasan dadah iaitu 194.5 kg bernilai RM36.9 juta, diikuti KLIA (93.4 kg bernilai RM13.8 juta), klia2 (47.9 kg bernilai RM2.9 juta), Pusat Mel & Kurier (2.8 kg bernilai RM533,900) serta luar kawasan KLIA (1.6 kg bernilai RM343,400). – BERNAMA

Tags: Kastamkes dadah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd