• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Curi Balak: 10 Termasuk Pegawai Kanan Polis Ditahan SPRM

oleh Ahmad Albab
24/10/2014
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai kanan polis di Sarawak, adalah antara 10 yang ditahan bagi membantu siasatan kes rasuah berhubung kegiatan mencuri balak yang membabitkan kerugian RM43 juta dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata pegawai terbabit berpangkat Ketua Bahagian Siasatan Jenayah berumur 35 tahun itu bertugas di Ibu Pejabat Polis di sebuah daerah di Sarawak kerana menerima rasuah daripada pembalak haram berjumlah RM16,000.

“Dia ditahan bersama sembilan lagi individu yang antaranya memegang jawatan pengarah urusan dan pemilik syarikat pembalakan membabitkan 10 syarikat, dalam Ops Tukul di Kuching, Isnin lepas.
    
“Mereka yang ditahan itu berumur antara 28 dan 72 tahun dipercayai menerima suapan bernilai di antara RM300 hingga RM10,000 bagi setiap transaksi melibatkan kira-kira RM50,000 secara keseluruhan,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat SPRM di sini hari ini.

Mohd Shukri berkata hasil risikan selama sembilan bulan di 12 lokasi di Limbang, Sibu dan Ulu Baram, Lundu, Kapit dan Miri di Sarawak mendapati kegiatan mencuri balak itu memang berlaku di kawasan terbabit.

“Ops Tukul dijalankan secara bersepadu itu dengan kerjasama antaranya Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pasukan Gerakan Am (PGA), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Hutan Sarawak sejak awal tahun ini,” katanya.   

Mohd Shukri berkata dalam operasi itu juga, pihaknya telah menyita lebih kurang 30 akaun pemilik syarikat yang terlibat bernilai lebih RM18 juta.

Beliau berkata, dalam setahun kerajaan negeri mengalami kerugian dianggarkan RM100 juta akibat kegiatan pembalakan haram itu yang memusnahkan alam sekitar, kawasan tadahan air dan menjejaskan flora dan fauna.

Kegiatan itu dilakukan di luar kawasan pembalakan yang dibenarkan dengan menebang pokok yang dilarang dan mempunyai nilai komersial yang tinggi seperti kayu berlian, tapang dan menggeris.

Mereka ditahan reman sejak Isnin lepas sehingga Ahad ini. – BERNAMA

Tags: curiPembalakanSPRM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd