Tak kisahlah atas dasar pengiklanan atau memang ikhlas, tindakan peniaga Cendol Bakar yang terkenal di Kuala Selangor ini patut dipuji.
Selain bersedia memberikan makanan percuma kepada fakir miskin harga Cendol Bakar kini diturunkan 20 sen selepas harga minyak Ron95 mengalami kenaikan sebanyak 20 sen.
Bermakna, harga semangkuk cendol yang dulunya RM2 kini cuma RM1.80 sahaja.
Bagaimana pun seperti kebanyakan iklan produk lain, sila buka mata anda luas-luas bila membaca ya..
Promosi turun harga sebanyak 20 sen ini HANYA sah hingga 30 Oktober 2014 sahaja.
Sebab itu sebagai mana ayat pertama penulis maklumkan, tak kisahlah atas dasar pengiklanan atau memang ikhlas… – mynewshub.cc
REM RAMZI/MYNEWSHUB