• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: Topeng Oksigen Masih Di Mayat Ketika Dijumpai

oleh AK-47
11/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG penumpang pesawat Penerbangan Malaysia MH 17 didapati masih memakai topeng oksigen ketika mayatnya dijumpai di timur Ukraine.

Menteri Luar Belanda Frans Timmermans mengeluarkan kenyataan itu dalam satu program bicara Belanda,  ‘Pauw’ kelmarin.

Kenyataan itu menimbulkan persoalan mengenai apa yang berlaku pada saat akhir pesawat Boeing 777 itu yang  didakwa ditembak oleh peluru berpandu di timur Ukraine pada 17 Julai lalu, di kawasan dikuasai pemisah pro-Russia.

Ini kerana,  ada penumpang yang mampu memakai topeng oksigen mengetepikan idea bahawa semua 298 orang terbunuh serta-merta di udara, memetik laporan CNN.

MH 17 Timmermanns

“Mereka tidak nampak peluru berpandu itu menuju ke arah mereka, tapi ada mangsa yang dijumpai dengan topeng oksigen di mukanya. Ini menunjukkan dia mempunyai masa untuk berbuat demikian,” kata Pendakwaraya Belanda mengesahkan cerita menteri berkenaan.

Pejabat Pendakwaraya dalam satu kenyataan semalam turut menyatakan ketika proses pengecaman dilakukan, topeng oksigen itu memang dijumpai pada mangsa.

“Topeng itu dipasang pada leher mangsa dengan tali elastik. Institut Forensik Belanda memeriksa topeng itu untuk mendapatkan cap jari, air liur dan DNA, tetapi keputusannya tidak dapat dimuktamadkan,” katanya.

timmermans

Justeru, tambahnya, tidak diketahui bagaimana dan bila topeng itu dipasang pada leher mangsa. Kaum keluarga penumpang terbabit dimaklumkan pada masa berkenaan. Tiada seorang pun daripada mangsa lain yang dijumpai didapati memakai topeng oksigen.

Amerika Syarikat dan Ukraine masing-masing menuduh pemisah pro-Russia menembak jatuh pesawat terbabit dengan peluru berpandu, tuduhan yang dinafikan oleh pemberontak berkenaan.

Satu laporan awal oleh Lembaga Keselamatan Belanda bulan lalu menyokong teori ini, yang menyatakan pesawat terbabit dirempuh objek berkelajuan tinggi tetapi tidak menuding jari kepada sesiapa.

Kira-kira dua pertiga daripada mangsa yang maut dalam kejadian itu terdiri daripada warga Belanda. Pesawat itu sedang melakukan penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: CRIME BUSTERZ

Tags: Mangsa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

VIDEO: Rakaman PDRM Letup Baki Bom Tangan Di Bukit Bintang

Next Post

Cendol Bakar Turun Harga 20 Sen Sempena Kenaikan Harga Minyak

Related Posts

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

08/03/2025
3

SEREMBAN - Pertubuhan Briged Negaraku bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada keluarga mangsa maut dirempuh sebuah kereta melanggar lampu...

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

Next Post

Cendol Bakar Turun Harga 20 Sen Sempena Kenaikan Harga Minyak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd