Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Lelaki Didenda RM2,500 Tawar...

KUALA LUMPUR - Gara-gara menawarkan perkhidmatan seks kepada tiga anggota polis, seorang lelaki...

Sejarah Tercatat Di Olimpik...

SEOUL - Sebagai negara yang tidak pernah menyaksikan salji, ia saat membanggakan apabila...

MIC Kekal, Jika Gabungan...

PRESIDEN MIC, SA Vigneswaran berkata, tidak salah UMNO bekerjasama dengan PAS, jika hubungan...

Berpanas, Angin Kencang Antara...

KUALA LUMPUR - Berpanas, dilanda angin kencang selain terpaksa melayan kerenah masyarakat adalah...

Bicara Kes Saman Anwar-Khairy Ditetapkan 7 Dan 8 Mei 2015

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan dua hari bermula 7 Mei 2015 untuk perbicaraan kes saman fitnah RM100 juta yang difailkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Pesuruhjaya Kehakiman S.M. Komathy Suppiah menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam J. Leela mewakili Anwar dan peguam Lew Cho Kang mewakili Khairy.

Lew ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan 7 dan 8 Mei untuk perbicaraan selepas tarikh sebelum ini pada 4 dan 5 Dis dilapangkan, manakala 6 April ditetapkan untuk pengurusan kes.

Pada 7 Mac 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Khairy, dengan mendakwa Khairy yang ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno, mengeluarkan kata-kata berbaur fitnah dan menyebabkan klip video bertajuk ‘Anwar and kin no threat’ disiarkan dalam laman web, termasuk Malaysiakini.com.


Anwar, yang juga Anggota Parlimen Permatang Pauh, turut mendakwa klip video dalam Malaysiakini.com mengandungi sebahagian daripada ucapan Khairy di Lembah Pantai pada atau sekitar 20 Feb 2008.

Pada 20 Okt lepas, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada Khairy untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Okt tahun lepas, yang tidak membenarkan Khairy, yang juga Anggota Parlimen Rembau untuk meminda pernyataan pembelaannya dalam kes saman itu.

Beliau memfailkan permohonan untuk merayu di Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan pada 20 Ogos lepas menolak rayuannya untuk meminda pernyataan pembelaan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori