• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berbilang Kaum Dan Agama Bantu Kejayaan Duduki Kerusi UNSC

oleh Ahmad Albab
20/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata kejayaan Malaysia menduduki kerusi anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) juga disebabkan kejayaannya sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama.

“Kita boleh tunjuk pada dunia dengan cara merendah diri, melalui konsep kesederhanaan dan kompromi dalam politik (yang diamalkan di Malaysia),” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional Parti Gerakan ke-43 di Pusat Konvensyen Setia City di sini.

Najib berkata Barisan Nasional (BN) menolak sebarang bentuk ekstremisme dalam usaha memajukan negara berlandaskan asas yang ditinggalkan pemimpin terdahulu.

Pemimpin terdahulu telah menggubal Perlembagaan negara berasaskan kompromi politik dan mereka mempercayai integrasi nasional dan bukan asimilasi bangsa, katanya.

“Kita mempunyai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain juga boleh diamalkan di negara ini dan kita juga ada agama Islam sebagai agama rasmi tetapi agama lain boleh diamalkan tanpa sekatan,” katanya.

Turut hadir Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel, Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Tan Sri M. Kayveas dan bekas Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Menyentuh mengenai Gerakan, Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata beliau melihat kemenangan di pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada Mei lepas sebagai titik tolak kepada kebangkitan parti itu.

Beliau turut memuji kesanggupan dan keberanian Mah mengambil risiko dengan menjadi calon BN pada PRK itu menentang calon muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud.

“Bila kekosongan berlaku di kawasan Teluk Intan, ramai yang meramalkan tidak mungkin BN boleh memulihkan keadaan daripada defisit sebanyak 7,313 (undi), mungkin pada ketika itu ramai yang anggap itu sebagai satu misi sukar untuk BN menang dan sekiranya Mah bertanding ia satu tindakan bunuh diri untuk beliau.

“Saya berbangga dan saya mengagumi beliau. Dalam kata lain, dia sanggup meletakkan kedudukannya sebagai Presiden Gerakan dalam risiko, maknanya kalau dia kalah tak mungkin dia dapat dari segi moralnya terus mempertahankan kedudukan sebagai presiden. Itu adalah risiko yang Mah sanggup ambil dan beliau telah melakukan suatu pengorbanan politik,” katanya.

Pada PRK Teluk Intan 31 Mei lalu, Mah yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri menewaskan Dyana Sofya dengan majoriti 238 undi. Mah memperoleh 20,157 undi manakala Dyana Sofya mendapat 19,919 undi. – BERNAMA

Tags: Najib Tun RazakUNSC
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Polis Tingkat Pemantauan, Elak Suspek Tembak Di KLIA 1 Bolos Ke Thailand

Israel Minta UNSC Adakan Mesyuarat Tergempar Susulan Serangan Iran

14/04/2024
0

WASHINGTON: Perwakilan Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini meminta satu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) diadakan berikutan serangan...

Kes Lelaki Maut Dibunuh Abang Teman Wanita, Polis Tahan 5 Lagi

Resolusi UNSC Mengenai Gaza Gagal Tangani Isu Penting – Mapim

25/12/2023
0

KUALA LUMPUR - Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) pada Isnin menzahirkan kekesalan bahawa Israel meningkatkan serangan ke atas Gaza...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd