• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 14, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Minta UNSC Adakan Mesyuarat Tergempar Susulan Serangan Iran

oleh Mohd Arshad
14/04/2024
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Polis Tingkat Pemantauan, Elak Suspek Tembak Di KLIA 1 Bolos Ke Thailand
Share on FacebookShare on Twitter

WASHINGTON: Perwakilan Israel di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) hari ini meminta satu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB (UNSC) diadakan berikutan serangan udara Iran ke atas Israel.

IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP…..

“Saya mengesahkan permintaan Israel untuk mengadakan satu mesyuarat UNSC dengan segera untuk mengutuk Iran atas serangan itu dan menamakan Pengawal Revolusi Iran (IRG) sebagai pertubuhan pengganas,” kata Dutanya, Gilad Erdan, dalam hantaran di laman X, lapor Agensi Anadolu.

Beliau berkata, Iran melancarkan serangan terus dari wilayahnya ke atas Israel, yang jelas melanggar Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.

Perwakilan Tetap Malta di PBB yang juga Presiden UNSC untuk April berkata mereka dijangka mengadakan mesyuarat itu pada jam 4 petang Ahad waktu tempatan (4 pagi waktu Malaysia).

Sementara itu, pegawai Iran berkata, tindak balas negara itu terhadap serangan Israel ke atas konsulat mereka di Damsyik adalah tepat dan terhad.

Menurut TV kerajaan, peluru Iran berjaya mencapai sasaran tentera tetapi itu sudah tentu dipertikaikan oleh Israel.

Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikrar negaranya akan mencapai kemenangan selepas tenteranya mendakwa menembak jatuh hampir kesemua lebih 300 dron dan peluru berpandu dilancarkan oleh Iran.

Tentera Israel mendakwa pasukannya menembak jatuh lebih daripada 99 peratus dron dan peluru berpandu Iran dan sedang membincangkan pilihan susulan.

Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, yang bercakap melalui telefon dengan Netanyahu, berkata beliau akan mengadakan mesyuarat pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) ekonomi utama untuk menyelaraskan tindak balas diplomatik terhadap serangan Iran.

Agensi berita Iran, Fars memetik sumber sebagai berkata Tehran memerhati Jordan dengan teliti, yang mungkin menjadi sasaran seterusnya jika ada petanda ia menyokong Israel.

Kesatuan Eropah, Britain, Jepun, Republik Czech, Denmark, Perancis, Mexico, Belanda dan Norway mengutuk serangan Iran.

Tentera AS) sedang menggerakkan lebih banyak aset ketenteraan ke Asia Barat ketika ia menjangkakan tindak balas Iran terhadap serangan Israel ke atas konsulat di Syria.

Seorang pegawai pertahanan AS memberitahu Al-Jazeera, langkah itu bertujuan terutamanya bagi memberi perlindungan yang lebih baik kepada tentera AS di rantau berkenaan, selain untuk meningkatkan pencegahan serantau.

Media AS mengesahkan langkah itu, namun Pentagon tidak secara rasmi menyatakan jenis aset yang digerakkan ke rantau berkenaan.

The Wall Street Journal memetik pegawai AS yang tidak dinamakan pada Jumaat, ia termasuk meletakkan semula dua kapal pemusnah, dengan salah satu kapal perang sudah berada di wilayah itu dan satu lagi dilencongkan ke sana.

BHonline-

Tags: IranIsraelMesyuarat TergemparseranganUNSC
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Tingkat Pemantauan, Elak Suspek Tembak Di KLIA 1 Bolos Ke Thailand

Next Post

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

Related Posts

‘Gaza Berada Dalam Situasi Malapetaka Genosid’ – PM Sepanyol Desak EU Serta-merta Gantung Perjanjian Kerjasama Dengan Israel

‘Gaza Berada Dalam Situasi Malapetaka Genosid’ – PM Sepanyol Desak EU Serta-merta Gantung Perjanjian Kerjasama Dengan Israel

27/06/2025
0

GAZA CITY: Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, semalam muncul pemimpin Eropah paling utama yang menggambarkan situasi di Gaza sebagai 'genosid',...

Selat Hormuz Tak Pernah Ditutup – Duta Iran

Selat Hormuz Tak Pernah Ditutup – Duta Iran

26/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Selat Hormuz tidak pernah ditutup sepanjang 12 hari serangan terhadap Iran, kata Duta Besar Iran ke Malaysia, Valiollah...

Next Post
Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat – PM Anwar

Kerajaan Pantau Rapat Perkembangan Terkini Ketegangan Di Asia Barat - PM Anwar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd