• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Menteri Britain Terbabit Seks Cyber Berundur Dari Politik

oleh AK-47
13/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Bekas menteri Britain, Brooks Newmark yang meletakkan jawatan berikutan skandal seks cyber bulan lalu, semalam memutuskan untuk melepaskan kerusi Parlimennya pada pilihan raya umum Mei depan.

Memetik laporan AFP, Newmark sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Menteri Masyarakat Sivil pada 28 September lalu selepas menghantar gambar lucah memaparkan dirinya sebagai aktivis parti wanita kepada seorang wartawan sambilan lelaki.

Tokoh politik berusia 56 tahun itu, yang sudah berkahwin dan mempunyai lima anak, meletakkan jawatan daripada kerajaan sejurus sebelum cerita mengenainya disiarkan oleh akhbar ‘Sunday Mirror’.

Brooks Newmark paper

Newmark, ahli Parlimen Konservatif bagi kawasan Braintree di timur London sejak 2005, menulis surat kepada pemimpin parti David Cameron bagi menyatakan hasratnya tidak mempertahankan kerusinya pada pilihan raya umum 2015.

“Pencerobohan media dalam episod lalu dalam kehidupan peribadi saya mengakibatkan beban berat ke atas keluarga saya. Oleh itu saya memutuskan untuk tidak bertanding lagi pada pilihan raya akan datang.

 

Brooks Newmark girl
Sophie Wittams, gadis ‘palsu’ yang direka oleh wartawan untuk memerangkap Newmark sehingga sanggup mengirim gambar bogelnya sekaligus menjatuhkan kerjayanya sebagai seorang menteri.

“Saya tidak menuding jari kepada sesiapa tapi diri saya sendiri dan memikul tanggungjawab sepenuhnya di atas tindakan saya. Saya akan kekal sebagai penyokong setia kerajaan ini,” katanya.

Dalam laporannya akhbar ‘Sunday Mirror’ melaporkan Newmark memuat naik sekeping gambar yang mendedahkan dirinya memakai sepasang baju tidur bercorak ‘paisley’ menerusi sebuah laman sosial persendirian. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

Tags: BritainMenteri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

Pejabat Menteri Nafi Mohamad Sabu Galak Penjawat Awam Tanam Ganja Di Rumah

14/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan imej palsu di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mohamad...

Menteri BN Paling Perform Dalam Kerajaan Perpaduan

Menteri BN Paling Perform Dalam Kerajaan Perpaduan

13/04/2026
0

TERFIKIR sesuatu bila melihat keadaan negara sekarang. Tapi kena tanggalkan ‘kaca mata politik’ dulu, barulah nampak jelas siapa buat kerja,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd