• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Balak Haram: Lebih Ramai Akan Ditahan – Jamidan

oleh Ahmad Albab
26/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Lebih banyak serbuan dibuat di kawasan pembalakan sekitar Limbang dan Lawas, Sarawak dalam operasi besar-besaran bagi membanteras kegiatan pembalakan haram dan rasuah menerusi Ops Tukul yang berakhir Jumaat.

Pengarah Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mohd Jamidan Abdullah berkata, antara 400 hingga 500 kayu balak haram dirampas, selain lapan jentolak dan beberapa lagi mesin serta peralatan yang keseluruhannya bernilai RM1.7 juta dalam operasi pada Jumaat lalu.

Beliau berkata, SPRM juga meneliti kegiatna pembalakan membabitkan lebih 10 syarikat, termasuk individu di Kuching.

“Kami masih menyiasat mereka bagi memastikan tempoh pembabitan mereka dalam operasi haram ini. Pemeriksaan juga dilakukan untuk mengesan sebarang penyelewengan atau percanggahan fakta dalam rekod mereka.

“Saya percaya lebih banyak penahanan akan dibuat dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Sebelum ini, SPRM menahan 10 suspek termasuk Ketua Jabatan Siasatan Jenayah sebuah daerah di Sarawak kerana mendapat bayaran bagi melindungi kegiatan pembalakan haram di negeri itu. Mereka berusia antara 28 hingga 72 tahun.

Pada Khamis, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, suspek ditahan di Limbang, Sibu, Kuching, Miri dan Kapit menerusi Ops Tukul bermula Isnin.

Selain pegawai polis terbabit, suspek lain adalah pengurus besar, pemilik, pengurus kem dan pemegang saham syarikat pembalakan tempatan.

Mohd Shukri berkata, semua terbabit memiliki pukulan akaun bank dengan nilai keseluruhan mencecah RM18 juta hasil kegiatan rasuah.

Katanya, dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini, kerajaan Sarawak kerugian kira-kira RM43 juta kerana kegiatan pembalakan haram.

Ops Tukul dijalankan dengan kerjasama SPRM serta polis, polis marin, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Perhutanan Sarawak dan Pasukan Gerak Am. – mStar Online

Tags: PembalakanSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

SPRM Tarik Balik Sekatan Ke Atas Semua Akaun Bank Cropmate

17/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Semua akaun bank milik Cropmate Berhad dan anak-anak syarikatnya yang sebelum ini dibekukan berhubung siasatan...

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd