• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ATM Hantar 2 Pegawai Iring Rizalman Ke New Zealand

oleh Ahmad Albab
26/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar dua pegawainya bagi mengiringi bekas pembantu staf pertahanan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand, Pegawai Waran II Muhammad Rizalman Ismail ke negara itu berhubung kes dakwaan pecah rumah dan gangguan seksual.

Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, Rizalman dihantar pulang semula ke Wellington bagi menghadapi pertuduhan mahkamah di sana.

Zulkifeli menambah Kementerian Pertahanan akan memantau dan memberi kerjasama sepenuhnya berhubung kes tersebut.

“Mengikut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar hari ini, kementerian terbabit akan bekerjasama dengan pihak Peguam Negara dalam hal itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Maal Hijrah Tahun 1436H/2014M di Masjid Khalid Al-Walid, di sini hari ini.

Zulkifeli bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana dikhuatiri akan menganggu siasatan.

Muhammad Rizalman, 38, ditahan polis New Zealand pada 9 Mei lepas dan dihadapkan di mahkamah pada hari sama atas tuduhan melakukan pecah rumah dan serangan seksual terhadap seorang wanita berumur 21 dengan niat untuk merogol.

Beliau sekeluarga dibawa pulang ke Malaysia pada 22 Mei dan Kementerian Pertahanan telah mengambil tindakan segera untuk menyiasat kes itu.

Terdahulu, Zulkifeli melawat kira-kira 50 gerai yang dibuka selama tiga hari bermula hari ini, anjuran bersama Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dan Fakulti Ekonomi dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).- BERNAMA

Tags: ATM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

Dua Anggota TDM Maut Dalam Insiden Latihan Membaling Grenad Di Kem Hobart

16/06/2026
0

Oleh Mynewshub  GURUN, 16 Jun – Tentera Darat Malaysia (TDM) mengesahkan dua anggotanya meninggal dunia selepas terlibat dalam satu insiden...

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

ATM Hargai Sokongan Tunku Mahkota Ismail, Eksesais Ketenteraan Nadi Kesiagaan

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghargai sokongan tidak berbelah bahagi Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail terhadap pasukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd