Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Video: Cabut Lari Lepas...

GEORGE TOWN - Seorang penunggang motosikal dirakam melarikan diri selepas melanggar seorang wanita...

Tetamu Tidak Diundang Ancam...

STESEN Angkasa Antarabangsa (ISS) dilaporkan menerima 'tetamu' tidak diundang yang berupaya membawa penyakit,...

Remaja 17 Tahun Dipenjara...

PETALING JAYA - Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan dua sebatan...

Ismail Sabri Angkat Sumpah...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah...

Anwar Peralat Yusuf Al-Qaradawi Lagi?

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang menggunakan apa sahaja platform bagi meraih sokongan orang ramai ke atas kes liwat yang sedang dihadapinya.

Terbaru beliau menyiarkan satu surat kononnya oleh tokoh ulama terkemuka, Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi yang menyokongnya dalam kes berkenaan.

Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi
Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi

Surat itu antara lain mendakwa Yusuf Al-Qaradawi memuji Anwar sebagai seorang pemimpin ternama maka tidak wajar dituduh dengan tuduhan batil dan tidak berasas.

“Anwar terdiri daripada pemimpin ternama dengan sejarah dan pengalamannya serta perjuangannya dan kesabaran serta ketabahannya sejak zaman usia muda sehingga ke hari ini. Anwar sewajarnya dilayani dengan jasa perjuangannya dan kerja gigihnya, bukannya menuduhnya dengan tuduhan-tuduhan batil yang tanpa asas.

“Mahkamah sebelum ini telah membebaskannya daripada tuduhan itu. Tetapi jelas bahawa terdapat pihak yang yang merekayasa komplot dan tidak mempedulikan kebaikan negara dan masa depan rakyatnya,” kata Yusuf Al-Qaradawi seperti yang terkandung dalam surat itu.


Perbuatan Anwar yang seolah-olah mempergunakan tokoh ulama itu bagi menyelamatkan dirinya daripada berhadapan undang-undang negara ini bukan perkara baru kerana beliau pernah melakukannya sebelum ini.

Anwar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 pernah menyebarkan satu surat kononnya oleh Yusuf Al-Qaradawi yang menyatakan Malaysia lebih layak dipimpin oleh beliau.

Surat itu dilancarkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di projek perumahan Pantai Permai, Lembah Pantai yang merupakan tempat anak Anwar, Nurul Izzah bertanding.

Kesahihan surat itu bagaimanapun dipertaikai ramai pemerhati politik yang berpandangan Yusuf Al-Qaradawi mungkin tidak diberi gambaran sebenar tentang apa yang berlaku di negara ini.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori