• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Kekal Penasihat Ekonomi Selangor – MB

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah dipecat daripada kedudukan jawatan Penasihat Ekonomi Selangor dan khidmatnya akan diteruskan seperti biasa.

Penjelasan itu ditegaskan Menteri Besar Selangor yang baharu, Mohamed Azmin Ali selepas beliau dan barisan Exconya meneliti minit mesyuarat terakhir yang dipengerusikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada 22 September lalu.

“Kita meniliti minit mesyuarat Exco yang lalu, apa yang diputuskan oleh Tan Sri Khalid ialah untuk menutup pejabat penasihat ekonomi.

“Jadi tidak timbul soal pemecatan penasihat ekonomi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Bangunan SUK di sini, Rabu.

Malah menurut Azmin, Anwar akan diberikan semua kemudahan yang diterimanya sebelum ini termasuk ruang pejabat bagi memudahkan beliau memainkan peranannya.

“Sekarang kita akan bincang semula fungsi dan peranan penasihat ekonomi untuk membantu pembangunan ekonomi di Selangor.

Sudah tentu kita akan memberikan kemudahan-kemudahan termasuk pejabat sesuai dengan peranan yang akan dimainkan,” katanya.

Sebelum ini bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Diperbadankan (MBI) Selangor, Faekah Husin mengumumkan penutupan Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor berkuat kuasa serta-merta bagi menjimatkan kos pentadbiran kerajaan negeri.

Jelas Faekah, pelbagai fitnah dan kontroversi ditimbulkan antara lain tentang gaji yang diterima oleh Anwar serta peranan dan sama ada sumbangan beliau kepada kerajaan negeri Selangor sesuai dengan jawatan yang disandang. – mStar Online

Tags: Anwar IbrahimAzmin Ali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd