• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar – ‘Cukai CGT Hanya Untuk Golongan Mahakaya’

oleh Ahmad Albab
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan idea Cukai Keuntungan Modal (CGT) yang dimasukkan dalam belanjawan alternatif Pakatan Rakyat (PR), minggu lalu.

Memetik sumber dari Sinar Harian, Datuk Seri Anwar menerusi laman Twitter peribadinya, menjawab soalan yang diusulkan oleh salah seorang pengikut tentang kenyataan Tan Sri Annuar Musa yang juga Ahli Parlimen Ketereh.

Soalan tersebut, ‘Anwar Cedok CGT dari barat, Annuar Musa. GST dari syurga ke?’, diutarakan oleh pemilik akaun @bensofian, kemudian mendapat respon Anwar dengan membalas, ‘Saya cadang CGT atas golongan mahakaya. GST untuk rakyat!’.

Untitled

Dalam sidang Dewan Rakyat bagi membahaskan Bajet 2015 semalam, Tan Sri Annuar berkata, hasrat PR untuk menggantikan GST dengan CGT mempamerkan sikap tidak konsisten bekas Menteri Kewangan itu.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkata, pada tahun 1993, Anwar pernah berkata bahawa beliau menolak Cukai Nilai Tambah (VAT), satu sistem yang digunakan di negara-negara barat.

Namun, situasi berubah 360 darjah kini apabila figura tersebut mencadangkan dalam belanjawan alternatif PR tentang perlaksanaan CGT mengikut model yang digunapakai di United Kingdom (UK).

Kata beliau lagi, ketidakupayaan Datuk Seri Anwar dalam memahami tadbir urus ekonomi negara menyebabkan terdapat banyak situasi percanggahan.

Tambah Tan Sri Annuar Musa, “Beliau juga mempunyai rekod buruk dalam tadbir urus ekonomi negara dan cuba menggunakan teori-teori Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dalam keadaan negara menghadapi krisis ekonomi.”  – MYNEWSHUB

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

 

Tags: Annuar MusaAnwar IbrahimGST
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

Kesatuan Pekerja Bank Dakwa Telah Hantar 43 Surat Kepada PMX, Tetapi…

28/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) mendakwa sebanyak 43 surat telah dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd