• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anwar Dan Juak-Juak Ke Australia Untuk Raih Simpati Kes Liwat

oleh Ahmad Albab
18/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seperti biasa Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang berusaha meraih simpati negara luar menjelang tarikh rayuan terakhir kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 28 Oktober ini.

PKR dalam satu kenyataan media memberitahu, Anwar bersama satu delegasi PKR sedang berada di Australia untuk memaklumkan tentang kes itu kepada Ahli-ahli Parlimen negara berkenaan dan pelajar Malaysia di negara tersebut.

“Satu delegasi pimpinan PKR kini berada di Australia bagi lawatan kerja selama seminggu. Misi utama lawatan kerja ini adalah untuk memberi maklum balas kepada Ahli Parlimen Australia berhubung perbicaraan kes Anwar dan pendakwaan terhadap pelbagai aktivis di bawah Akta Hasutan.

“Siri lawatan kerja ini disertai oleh Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad, Sim Tze Tzin, Wong Chen, Lee Chean Chung dan Melissa Sasidaran,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, Anwar akan turut menyertai siri forum terbuka di bandar-bandar utama seluruh Australia yang dianjurkan oleh sekumpulan mahasiswa Malaysia di Australia bernama “Malaysian Progressives”.

Kata kenyataan itu, ketua pembangkang Malaysia itu akan turut berjumpa dengan ahli politik serta badan hak asasi manusia dan ahli akademi bagi memberitahu kerajaan Barisan Nasional (BN) kononnya sedang menekan lawan politik.

Pada Mac lalu, panel tiga hakim diketuai Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara mendapati Anwar bersalah meliwat Mohd. Saiful dan beliau dijatuhkan hukum penjara selama lima tahun.

Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful iaitu bekas pembantu peribadinya di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008. – mynewshub.cc

Tags: Anwar IbrahimAustraliaLiwat
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Peranan JPP Tak Bertindih Dengan PBT, JKKK

Next Post

Grand Saga Edar 1,500 Touch N’ Go Percuma

Related Posts

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

Lawatan Rasmi PM Ke Rusia Tingkat Hubungan Kuala Lumpur-Moscow

13/05/2025
0

MOSCOW - Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia adalah yang pertama bagi pemimpin negara ke Persekutuan...

Presiden China, Xi Jinping Adakan Pertemuan Dengan PM Di Seri Perdana

Presiden China, Xi Jinping Adakan Pertemuan Dengan PM Di Seri Perdana

16/04/2025
0

PUTRAJAYA: Presiden China, Xi Jinping tiba di Kompleks Seri Perdana di sini, bagi mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Next Post

Grand Saga Edar 1,500 Touch N’ Go Percuma

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd