• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Anggota Polis Maut Dihempap Pokok Disemadi Di Kg Halaman

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jenazah dua anggota polis yang maut dalam kejadian pokok tumbang, di sini malam tadi, akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

KAMI ADA SIARKAN BERITA INI SEMALAM, KLIK UNTUK BACA:
Dua Anggota Polis Maut Dihempap Pokok Di Brickfields 

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata kedua-dua jenazah dibawa ke Masjid Bukit Aman di sini kira-kira 10.15 pagi untuk dimandikan dan solat jenazah yang akan diadakan sebelum solat Zuhur.

“Jenazah Allahyarham Koperal Dzulkhairi Ahmad, 48, akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kerinchi, Desa Aman, di sini.

“Jenazah Allahyarham Konstabel Mohd Sharil Hisham Hashamdi, 25, akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk diterbangkan ke Tambunan, Sabah dan dijangka sampai kira-kira jam 4 petang hari ini,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata keputusan laporan bedah siasat terhadap kedua-dua anggota polis itu mendapati punca kematian adalah akibat sesak nafas.

Malam tadi semasa hujan lebat melanda ibu negara, dua anggota polis itu maut setelah sebatang pokok besar tumbang lalu menghempap mereka ketika berada di dalam sebuah kontena yang dijadikan tempat simpanan barang kes di Jalan Bellfield, Kampung Attap, di sini.

Mohd Sharil Hisham meninggal dunia di tempat kejadian manakala Dzulkhairi ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: jenazahpolis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd