• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Tun Ghafar Baba Umum Keluar Parti PAS

oleh AK-47
16/10/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

Mohd Tamrin Abdul Ghafar yang juga anak kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Allahyarham Tun Abdul Ghafar Baba hari ini mengumumkan untuk menarik diri dari terus menjadi ahli PAS.

Beliau hari ini menghantar surat ke Ibu Pejabat PAS dengan tajuk “Menarik Diri Sebagai Ahli PAS” dan pihak PAS mengesahkan sudah pun menerima surat itu.

“Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini,” kata Tamrin yang juga bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu.

Sejarahnya pada 11 Ogos 2012, Tamrin menyertai PAS dengan menyerahkan borang keahliannya kepada Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada satu majlis peringatan Al Kubra di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad di Gombak.

Beliau sebelum ini dalam politik pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek dan Ahli Parlimen Batu Berendam.

Menurut laporan portal The Malaysian Insider (TMI), Tamrin dilaporkan mula tidak senang dengan PAS sejak kemelut pelantikan menteri besar Selangor yang menyaksikan pertembungan antara parti itu dengan rakannya dalam PR.

Beliau juga pernah berkata sebelum ini, walaupun sekiranya beliau keluar dari PAS, dia tidak akan sekali-kali kembali kepada parti asalnya, UMNO.

“Bagi saya UMNO sudah mati,” kata Tamrin.

Langkah seterusnya bagi Tamrin ialah menyertai Gerakan Anti Perkauman (GAP), sebuah badan yang akan memperjuangkan Malaysia yang harmoni dan mengutamakan perpaduan antara kaum.

GAP merupakan idea beliau yang dicetuskannya pada satu pertemuan sempena memperingati tarikh 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor tahun lepas.

Gerakan itu akan dilancarkan di Petaling Jaya malam ini. – MYNEWSHUB

Tags: Krisis MB SelangorPASpolitik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

Teresa Kok Saran Ulama Pas Berkelah Di Pantai Langkawi Sambil Pakai Baju Tradisional Kedah

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Seputeh DAP, Teresa Kok mendakwa Langkawi kini ketinggalan berbanding Phuket dan Bali sebagai destinasi pelancongan....

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

‘Ekstremis Dalam UMNO, PN dan Pas Patut Berasa Malu’ – Lim Guan Eng

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Guan Eng mendakwa Barisan Nasional (BN), UMNO, Perikatan Nasional (PN) dan Pas patut berasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd