• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Anak Jantan’ Tiada Kaitan Aktiviti Pengganas

oleh Ahmad Albab
21/10/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengarah filem Anak Jantan iaitu Faizul A Rashid memberitahu jalan cerita filem tentang puak yang berselindung di sebalik agama dalam melakukan kekejaman tidak mempunyai kaitan dengan mana-mana kegiatan pengganas.

Faizul berkata, beberapa adegan yang memaparkan mengenai kegiatan kumpulan agama itu hanyalah sebagai membantu bagi menyedapkan lagi jalan cerita tersebut.

“Kegiatan puak itu hanyalah bagi menyedapkan jalan cerita ini dan ia bukan tumpuan utama yang kita ingin tonjolkan dalam filem ini. Saya tidak ada langsung niat untuk mengangkat kegiatan mereka dan tidak menyangka filem ini ditayangkan ketika masalah pengganas menjadi isu dunia.

“Cuma kita mahu beritahu bahawa ada segelintir masyarakat yang menggunakan agama dalam memperjuangkan sesuatu yang salah atau ajaran yang terpesong,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media selepas tayangan filem Anak Jantan, di Cathay Cineplexes, di sini, Isnin.

Sementara itu, Faizul mengakui kecewa apabila latar belakang beberapa babak terpaksa dikaburkan atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF).

Jelasnya, perkara tersebut secara tidak langsung menganggu fokus penonton terhadap adegan yang cuba dipaparkan.

“Ya, memang banyak yang terpaksa kami kaburkan kerana pihak LPF memberi alasan beberapa latar belakang yang ada poster-poster dan lambang tertentu boleh menyentuh sensitiviti masyarakat.

“Penonton mungkin sedikit terganggu untuk melihat apa yang dikaburkan itu, saya pun tidak sangka ia tidak melepasi piawaian LPF,” katanya.

Biarpun kecewa, namun dia lega filem tersebut akhirnya diluluskan untuk tayangan selepas beberapa kali rayuan dilakukan kepada pihak LPF.

Tambah Faizul, LPF turut memotong sebanyak 15 peratus adegan dalam filem itu dengan alasan terlalu ganas dan tidak sesuai untuk tontonan masyarakat.

“Ketika dihantar kali pertama, filem ini ditolak kerana terlalu ganas dan tidak sesuai untuk tontonan masyarakat, namun selepas membuat rayuan dan memperbaikinya beberapa kali barulah ia diluluskan dengan klasifikasi 18,” katanya.

Sementara itu, Faizul berkata, filem ini menjalani tempoh penggambaran selama 30 hari melibatkan lokasi di Kuala Lumpur, Langkawi dan Thailand.

Ia dibintangi oleh Farid Kamil, Brond Palarae, Nora Danish, Qi Razali dan Azhan Rani dan bakal ditayangkan di seluruh negara pada 30 Oktober ini. – mStar Online

Tags: FILEMpengganas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU355 Dijangka Dibentang Di Parlimen Tahun Ini – Mohd Na’im

‘Saya Pelik… Tak Pernah Berurusan Dengan Kumpulan Dilabel Pengganas’

18/02/2024
0

KUALA LUMPUR: "Saya tidak dapat pemakluman terus, cuma dapat tahu daripada rakan-rakan dan salinan surat yang tular," kata bekas Pengurus...

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

Pengganas Bunuh 44 Penduduk Di Burkina Faso

09/04/2023
0

OUAGADOUGOU : Sekurang-kurangnya 44 orang awam terbunuh manakala ramai lagi yang cedera dalam serangan kumpulan pengganas di dua buah kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd