• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahmad Maslan Jawab Pengurangan Subsidi Diesel, Petrol

oleh Ahmad Albab
04/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan mengurangkan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter bermula tengah malam kelmarin mendapat bantahan ramai pihak.

Pembangkang antara pihak yang paling pantas mengambil kesempatan untuk memburuk-burukkan imej kerajaan bagi meraih merit politik berikutan langkah tersebut.

Bagaimanapun, ramai tidak menyedari bahawa penstrukturan semula subsidi petrol dan diesel tersebut sebenarnya akan membawa manfaat yang lebih besar kepada negara pada masa depan.

Malah, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sendiri memberi jaminan akan memastikan langkah itu cuma memberi kesan minimum ke atas rakyat.

Berikut penjelasan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berhubung kewajaran langkah mengurangkan subsidi petrol dan diesel tersebut:

KISAH MINYAK BERSUBSIDI DI MALAYSIA.

(Coretan siri 2 oleh Ahmad Maslan, 3/10/14)

1. Purata subsidi seliter RON95 yg diberi oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat 0.74 sen untuk tahun 2013 dan 0.76 sen untuk diesel. Jika guna 100 liter maka rakyat diberi RM74, 1000 liter RM740 dan 10 ribu liter RM7400 !!. Siapakah yang guna 10 ribu liter atau lebih RON95 untuk setahun? Tentunya mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana tinggi yang memiliki beberapa buah kenderaan.

2. Isian penuh minyak RON95 untuk sebuah motorsikal sekitar 7.5 liter, kereta kecil sekitar 40 liter, kereta besar sekitar 75 liter. Jika 74 sen subsidi seliter, pemilik motorsikal isi penuh dapat RM5.55 subsidi, kereta kecil RM29.60 subsidi tapi kereta besar dapat RM55.50 setiap kali mengisi penuh RON95.

3. Pada bulan Februari 2013, harga pasaran RON95 ialah 2.94 seliter tapi Kerajaan BN beri 1.04 subsidi jadikan RON95 bersubsidi yang dibeli rakyat cuma 1.90. Diesel dalam tarikh yang sama harga pasaran 2.85, subsidi 0.95 dan harga untuk rakyat 1.90.

4. Pada Februari 2014, harga pasaran RON95 ialah 2.83 seliter tapi Kerajaan BN beri subsidi 0.73 jadikan RON95 bersubsidi yang dibeli rakyat 2.10. Diesel dalam tarikh yang sama berharga subsidi 2.10 dan jumlah subsidi 0.73 yang kebetulan sama dengan RON95.

5. Pada Februari 2013 harga minyak dunia ialah USD122.47 setong dan Februari 2014 pula USD114.41. Pada 26 September 2014 minyak dunia USD102.06. Harga pasaran minyak dunia turun dan naik tapi kekal tinggi sekitar USD92-USD122. Harga pasaran minyak di Malaysia juga turun bila harga minyak dunia turun. Hari ini RON95 adalah 2.58 dan diesel pula 2.52.

6. Tapi rakyat Malaysia hingga 2/10/14 masih mendapat harga minyak yang kurang daripada harga pasaran iaitu RON95 bersubsidi 2.30 dan diesel bersubsidi 2.20. Subsidi Kerajaan BN hari ini untuk RON95 masih ada iaitu 0.28 seliter dan diesel 0.32 seliter. Subsidi ini turun naik bergantung kepada pasaran minyak dunia dan dasar kerajaan terhadap subsidi tersasar kepada bersasar.

7. Jumlah subsidi minyak kerajaan BN untuk rakyat adalah banyak iaitu 2009 RM6.2b (minyak USD62), 2010 RM9.6b (minyak usd80), 2011 RM20.4b (minyak USD111), 2012 RM24.7b (minyak USD112), 2013 RM24.8b (minyak USD110) dan 2014 subsidi sekitar RM21 billion. Semua angka-angka subsidi ini sangat besar yang sepatutnya diguna untuk pembangunan rakyat dengan lebih bersasar.

8. Ramai yang sudah jelas bahawa subsidi minyak Malaysia adalah tersasar sebab rakyat berpendapatan rendah dapat subsidi yangg sedikit kerana menggunakan motorsikal atau sebuah kereta kecil tapi rakyat berpendapatan tinggi dapat subsidi yang lebih besar sebab mengguna kereta besar dan jumlahnya pula beberapa buah.

9. Sepatutnya subsidi diberi lebih kepada rakyat berpendapatan rendah dan kurang kepada yang berpendapatan tinggi. Di Malaysia subsidi minyak jadi terbalik. Ini perlu dibetulkan dengan diberi pelbagai bentuk bantuan kepada rakyat yang berpendapatan rendah.

10. Negara-negara jiran pula tidak ada atau tidak banyak beri subsidi minyak, maka sebab itu harga minyak mereka tinggi dan berlaku penyeludupan yang merugikan rakyat dan negara Malaysia. Tentunya agensi-agensi penguatkuasaan sedang melakukan tanggungjawab masing-masing dalam satu team besar pelbagai kementerian.

11. Kesan harga minyak kepada kenaikan harga barang pula mesti ditangani dengan sepadu. Memerangi orang tengah, banyakkan pasar tani, pasar borong, pasar ikan, pelbagai pasar lain, jadikan pasaraya sebagai penanda aras harga, buku panduan harga barang, senarai harga dalam akhbar, kuasa pengguna untuk memilih, kedai harga patut, Kedai Rakyat 1Malaysia, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan/Profiteering, kawalan harga waktu perayaan, banyakkan program jualan murah, pemantauan harga oleh penguatkuasa, perniagaan jangan dimonopoli oleh kaum-kaum tertentu adalah antara kaedahnya.

12. Rumusan tetang hal subsidi minyak ialah keperluan kepada pembetulan struktur subsidi dengan kaedah pembaikan kepada subsidi yang terbalik yang tidak rasional. Inilah antara sebab mengapa subsidi minyak dikurangkan 20 sen selain untuk lebih 20 ribu juta/billion ringgit subsidi itu diguna bagi menfaat pembangunan rakyat dan negara dengan lebih adil serta bersasar. Terima kasih. – mynewshub.cc

Tags: Ahmad MaslanDieselpetrol naik
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mudah Baiki Cermin Kereta Dengan Insurans Allianz General

Next Post

Resepi Sambal Sotong Kering Yang Enak Dan Mudah

Related Posts

Harga Petrol, Diesel Kekal Tidak Berubah Hingga 7 Mei

Harga Petrol, Diesel Kekal Tidak Berubah Hingga 7 Mei

30/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara kekal tidak berubah, masing-masing pada RM3.18 seliter dan...

Harga Runcit RON97, Diesel Naik 3 Sen

Harga Runcit RON97, Diesel Naik 3 Sen

01/01/2025
0

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung meningkat sebanyak 3 sen iaitu masing-masing RM3.28 serta RM2.98...

Next Post

Resepi Sambal Sotong Kering Yang Enak Dan Mudah

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd