• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Tips Menghadapi Harga Minyak Naik, Ini Anda Mahu Tahu

oleh AK-47
19/10/2014
dalam Gaya Hidup, Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kerajaan baru sahaja mengumumkan harga minyak naik 20 sen bagi subsidi petrol RON95. Melihat harga baru RON95 ialah RM2.30, rasanya tahun lepas dah naik 20 sen kan?

Kesan domino harga minyak akan dirasai kelak apabila harga barang keperluan seperti makanan, pakaian dan perbelanjaan rumah juga akan meningkat naik.

Untuk bersiap sedia dan demi kelangsungan hidup, kita harus memikirkan langkah-langkah demi ketenangan sekeluarga terjamin.

Berikut adalah 7 tips menghadapi harga minyak naik.

1. Mula catatkan pendapatan dan perbelanjaan

Dengan mencatat segala perbelanjaan bulanan, kita dapat mengenal pasti berapa besar kesan kenaikan harga minyak dan barangan lain berbanding dahulu. Kita juga dapat mengenal pasti sama ada pendapatan bulanan dapat menampung perbelanjaan yang meningkat.

2. Kurangkan perbelanjaan di mana perlu

Dari catatan keluar masuk, anda boleh tahu di mana perbelanjaan boleh dikurangkan. Dari pengalaman kami, antara perkara yang paling mudah hendak dibuang dari senarai perbelanjaan ialah rokok, siaran televisyen berbayar, dan langganan suratkhabar atau majalah. Anda juga boleh berjimat dengan menukar pakej telefon dan internet kepada yang lebih murah.

3. Tambahkan pendapatan

Di dalam dunia teknologi sekarang ini, wang boleh didapati di hujung jari. Terdapat pelbagai pilihan untuk menambah pendapatan tanpa atau kurang modal. Antaranya adalah dengan berniaga secara kecil-kecilan, melakukan kerja sambilan, menjadi ajen rumah, sewakan rumah secara sublet, perkhidmatan menggosok, perkhidmatan melipat baju – pilihan di tangan anda!

4. Mula menabung

Kami tidak bersetuju sekiranya anda menabung hanya sebagai kecemasan, sebaliknya mulalah menabung dengan tujuan membina modal untuk pelaburan. Beri tujuan khusus buat setiap tabungan anda, dan letakkan tabungan ke akaun yang susah hendak dikeluarkan.

5. Melabur untuk pendapatan pasif

Kudrat muda mungkin tidak bertahan sehingga tua. Adalah penting untuk kita memulakan pendapatan pasif agar kita sentiasa beroleh pendapatan sehingga tua. Paip-paip yang boleh dibina antaranya – melalui sewaan dari rumah sewa, bursa saham BSKL, dividen tahunan dari saham, menerima elaun bulanan dari syarikat (buat pemilik syarikat), royalti, aset internet dsbnya.

6. Tambah ilmu

Tambah ilmu dari sehari ke sehari, dengan pelbagai guru. Bila satu ilmu dikuasai, pelbagai benda dapat dibuat dengannya!

7. Bertindak

Bertindaklah dan jangan bertangguh. Yakin dan berdoalah kepada Allah. Jangan panggil diri sendiri miskin, kerana miskin itu hanya keadaan sementara. Keputusan untuk keluar dari kepompong kesusahan itu di tangan kita.

Beri masa 7 tahun, anda akan nampak perbezaannya.

Kami doakan anda berjaya, selamat mencuba.

Oleh: hzqahmd/MYNEWSHUB.CC

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

RM200 Juta Telah Diperuntukkan KPKT Bagi  Pembangunan Dan Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam

RM200 Juta Telah Diperuntukkan KPKT Bagi Pembangunan Dan Penyelenggaraan Rumah Ibadat Bukan Islam

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperuntukkan RM200 juta bagi pembangunan dan penyelenggaraan rumah ibadat bukan...

Tok Mat Puji Majlis Muhibah Perdana 2026, Hidup Berjiran Kena Saling Menghormati

Tok Mat Puji Majlis Muhibah Perdana 2026, Hidup Berjiran Kena Saling Menghormati

19/04/2026
0

SEREMBAN - Menteri Luar yang juga Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan menyeru anggota masyarakat supaya terus saling menghormati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd