• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

43 Rakyat Malaysia Tiba Dari Yaman Esok

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seramai 43 rakyat Malaysia akan tiba dari Sana’a, ibu negara Yaman, pagi esok.

Persatuan Pelajar Malaysia Yaman (PERMAYA) menyatakan kumpulan pertama itu berlepas dari Sana’a pada 3 pagi (waktu tempatan) 6 Oktober dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 8.55 pagi esok.

“Kumpulan kedua seramai 20 orang termasuk sembilan kanak-kanak pula dijangka berlepas dari Sana’a pada 8.30 pagi (waktu tempatan) 6 Oktober.

“Kumpulan itu yang berpecah kepada dua kumpulan di Abu Dhabi dijangka tiba di KLIA pada 8.50 malam esok dan 8.25 pagi Rabu,” kata PERMAYA dalam laman Facebook.

Persatuan itu berterima kasih kepada Kedutaan Malaysia di Yaman kerana membantu melancarkan proses penghantaran pulang rakyat Malaysia itu.

Kerajaan membawa mereka pulang berikutan pertempuran antara pergerakan Syiah Houthi dan tentera kerajaan yang menyaksikan pemberontak menguasai beberpa institusi penting di ibu negara itu.

Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Yaman menerusi talian 009671429781 dan 009671429782 atau emel mwsanaa@kln.gov.my. – BERNAMA

Tags: pelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

Fadhlina Arah Audit Segera, Tiada Pihak Dilindungi Susulan Kematian Pelajar Di Sekolah

26/09/2026
0

KUALA PILAH - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir menjalankan audit segera susulan kematian seorang murid Tingkatan...

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd