• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

400 Belia Berhimpun Untuk Forum Belia Di Sabah

oleh Ahmad Albab
28/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Majlis Belia Sabah (MBS) akan menghimpunkan kira-kira 400 peserta terdiri daripada pelajar universiti, kolej, Badan Gabungan MBS dan persatuan belia di seluruh negeri untuk menghadiri Forum Belia: Celik Komuniti Asean, pada 15 Nov depan.

Timbalan Presiden MBS Nourman Rayn Awang Zaini berkata forum anjuran bersama

Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS) itu akan diadakan di Dewan Resital, UMS.

“Objektif forum adalah mewujud dan memperkenalkan Komuniti Asean, memberi kefahaman tentang pembentukan Komuniti Asean 2015 selain menjadi medium penerangan dan perkongsian bagi mengenal pasti peranan, cabaran dan peluang belia di peringkat antarabangsa,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Nourman Ryan berkata pengisian forum melibatkan empat bahagian pembentangan kertas kerja iaitu Komuniti Asean: Cabaran, Prospek dan Persediaan Belia Malaysia; Komuniti Ekonomi Asean; Komuniti Sosio Budaya Asean dan Komuniti Politik dan Keselamatan Asean.

“Dalam meletakkan Malaysia sebuah negara maju adalah perlu untuk melihat dan memperluaskan hubungan dan kerjasama yang padu antara negara Asean dengan lebih efektif agar dapat memperkukuhkan ekonomi, politik dan sosiobudaya antara negara terlibat,” katanya.

Nourman Rayn yang juga Penolong Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah (Pentadbiran) Pesuruhjaya Latihan Negeri Sabah itu berharap forum itu dapat memberi ruang dan peluang kepada pelajar dan anggota persatuan yang mewakili generasi muda memberi idea dan pandangan berhubung pelaksanaan komuniti Asean.

“Seterusnya, dapat memberi sudut pandang yang positif ke arah mencapai komuniti Asean dalam perencanaan masa depan Asean yang lebih berjaya,” katanya.

Beliau yang juga Exco MBM berkata forum serupa turut diadakan di institusi pengajian tinggi awam lain iaitu zon utara (Universiti Sains Malaysia), zon timur (Universiti Malaysia Terengganu), zon selatan (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia), zon tengah (Universiti Malaya) dan Zon Sarawak (Universiti Malaysia Sarawak). – BERNAMA

Tags: BeliaSabah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

MET Malaysia Keluar Nasihat Tsunami Di Sabah

08/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) mengeluarkan nasihat tsunami susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang berlaku di...

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

Kerajaan Pimpinan PM Anwar Ada Kesungguhan Politik Yang Jelas

01/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan komitmen dalam merealisasikan semangat dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd