• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Sekeluarga Maut Dalam Kemalangan Di Kota Tinggi

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Empat sekeluarga maut apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan lain di KM46 Jalan Johor Baharu-Mersing di sini hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Low Hang Seng berkata mangsa yang terbunuh adalah pemandu kereta Perodua Alza, Ruhaizad Said, 48, isterinya, Azliza Osman, 45, ibu mentuanya, Hainee Jamil, 70 serta anak lelakinya, Muhammad Zaki, 13.

“Kejadian yang berlaku pada kira-kira pukul 10.15 pagi itu turut mengakibatkan pemandu kereta Satria Neo, Muammar Hakimmi Mas Bakri, 21, cedera parah manakala pemandu kereta Toyota Estima, Mad Serehan Ishak, 43, pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya di sini.

Low berkata kejadian dipercayai berlaku apabila kereta Satria dari arah Kota Tinggi menuju ke Mersing itu bertembung dengan kereta Alza yang datang dari arah Mersing ke Kota Tinggi.

Keadaan itu menyebabkan kereta Perodua Alza terbabit remuk menyebabkan Ruhaizad yang juga penolong pengurus ladang dan tiga anggota keluarganya itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Semasa kejadian itu, kereta Toyota Estima itu cuma bergesel dengan Perodua Alza yang berada di depannya.

Menurut Low, mayat sekeluarga yang berasal dari Kota Kecil, di sini, dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Muammar Hakimmi yang berasal dari Taman Teratai, Johor Baharu pula turut dibawa ke hospital yang sama untuk rawatan, katanya.

“Tempat kejadian adalah kawasan jalan lurus yang mempunyai garisan berkembar. Semasa kejadian, keadaan cuaca adalah baik dan keadaan lalu lintas juga tidak sibuk,” kata Low. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd