• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Mini KUD Catat Jualan Tunai RM1.5 Juta

oleh Ahmad Albab
18/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Mini Karnival Usahawan Desa (Mini KUD) mencapai objektif penganjurannya apabila 900 usahawan dari empat zon di seluruh negara yang menyertainya, meraih jualan tunai sebanyak RM1.5 juta tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata mini KUD yang membuka tirai tahun ini di Zon Sarawak, diikuti Zon Selatan, Timur dan Utara, turut menerima sambutan menggalakkan daripada 80,000 pengunjung.

“Penganjuran karnival ini menyaksikan pembabitan jualan tunai antara RM400,000 dan RM500,000 bagi setiap mini KUD, selain melahirkan ramai usahawan tempatan, terutama di luar bandar,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan mini KUD Sabah di Lintasan Deasoka di sini hari ini.

Beliau berkata kementerian itu menetapkan sasaran jualan sekurang-kurangnya RM500,000 menerusi mini KD kelima di Zon Sabah.

Mohd Shafie berkata kementerian itu juga berusaha untuk meningkatkan sasaran jualan tunai, bergantung kepada keadaan semasa, bagi mengupayakan masyarakat luar bandar, selain menarik penglibatan golongan belia untuk berkecimpung dalam bidang usahawan daripada berhijrah ke negeri lain, terutama di Sabah.

Mini KUD merupakan inisiatif baharu Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah selepas kejayaan penganjuran KUD bagi mengetengahkan usahawan luar bandar di setiap negeri bagi mempromosikan produk atau perkhidmatan mereka yang dijayakan secara dwitahunan sejak 2006.

Dalam pada itu, beliau berkata kementerian berkenaan menerusi agensinya, turut menawarkan pelbagai inisiatif seperti Skim Pinjaman Ekonomi Desa (SPED) yang menyaksikan 410 usahawan di Sabah, diluluskan pinjaman melibatkan RM26.4 juta sejak 2001.

Antara lain, katanya, Majlis Amanah Raya (MARA) Sabah juga meluluskan RM100 juta pembiayaan kepada 2,000 usahawan di negeri ini selain menyediakan 300 unit kedai bagi usahawan yang tidak mempunyai tempat dengan menawarkan harga berpatutan kepada mereka.

Terdahulu ketika berucap, Shafie berkata kementerian itu memperuntukkan RM936.8 juta untuk pembangunan di Sabah pada 2014, seperti membina jalan-jalan luar bandar, menyalurkan bekalan elektrik, sumber air bersih, membina dan membaiki rumah rosak.

Beliau berkata jumlah peruntukan itu merangkumi 22.8 peratus daripada keseluruhan peruntukan yang merupakan kedua tertinggi diperoleh oleh sesebuah negeri.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan atas peruntukan pada Bajet 2015 di kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak, dengan peruntukan besar untuk Sabah akan digunakan untuk menambah infrastruktur jalan raya, bekalan elektrik dan air serta lampu jalan di kampung,” katanya.

Lebih 100 usahawan tempatan daripada pelbagai latar belakang perniagaan dari luar bandar terlibat pada mini KUD Sabah yang bermula Khamis lepas dan berakhir esok. – BERNAMA

Tags: Shafie Apdalusahawan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

Shafie: Warisan Prihatin Isu Undang-Undang, Bukan Cuba Gulingkan Hajiji

14/01/2023
0

Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal berkata pihaknya tidak berniat untuk menggulingkan Hajiji Noor sebagai ketua menteri Khamis lalu apabila ia...

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

Mara Luluskan RM200 Juta Bantu Usahawan

06/07/2022
0

PASIR GUDANG: Majlis Amanah Rakyat (Mara) meluluskan kira-kira RM200 juta peruntukan pembiayaian perniagaan kepada golongan usahawan di seluruh negara setakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd