• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Pengarah Syarikat, Seorang Pekerja Didakwa Simpan Diesel

oleh Ahmad Albab
30/10/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA TINGGI – Tiga pengarah sebuah syarikat pembekal minyak bergelar Datuk Seri dan Datuk serta seorang pekerja mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menyimpan barang kawalan membabitkan 163,460 liter minyak diesel di premis tidak dibenarkan di Tanjong Surat di sini, Jun lepas.

Datuk Seri Chong Kor Yong, 56, Datuk Chong Tzeng Hang, 31, dan Datuk Mohamad Mahmood, 59, yang merupakan Pengarah Harbour Talent Sdn Bhd serta dan pekerja syarikat itu, Teo Yong Foo, 31, didakwa menyimpan diesel berkenaan di kapal MT Inter di Jeti Persendirian Mohamed Long, Kampung Tanjung Belungkor, Mukim Tanjong Surat, di sini kira-kira 3.30 pagi, 6 Jun lepas.

Kor Yong dan anaknya Tzeng Hang serta Mohamad didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan bekalan 1961 yang dibaca bersama Seksyen 22(4) akta sama dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama.

Teo pula didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kali kedua dan berikutnya ialah denda maksimum RM250,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, syarikat Harbour Talent Sdn Bhd berkenaan yang beralamat di Taman Mount Austin, Johor Baharu turut didakwa kerana menyimpan diesel terbabit di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Kor Yong, yang mewakili syarikat itu, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan minta dibicarakan.

Kesalahan berkenaan didakwa mengikut Seksyen 20(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 22(2) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM250,000 dan bagi kesalahan kedua denda maksimum RM500,000.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Alison Chan dan keempat-empat tertuduh diwakili peguam Muhammad Abd Kadir.

Hakim Salawati Djambari menetapkan Kor Yong, Tzeng Hang dan Mohamad masing-masing dikenakan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin manakala Teo sebanyak RM40,000 dengan seorang penjamin.

Kor Yong, yang mewakili syarikat, turut dikenakan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan keempat-empat mereka diperintah melapor diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi setiap bulan sekali sehingga kes berkenaan selesai.

Salawati menetapkan 11 Nov ini untuk sebutan semula kes berkenaan. – BERNAMA

Tags: Diesel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

Perlu Permit Khas Beli Petrol Atau Diesel Lebih 20 Liter Guna Tong

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Syarikat, organisasi atau individu yang ingin membeli petrol dan diesel di stesen minyak untuk kegunaan selain tangki...

Harga Minyak Naik Lagi

Harga Minyak Naik Lagi

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Harga bahan api tanpa subsidi mengalami peningkatan sekali lagi apabila kerajaan mengumumkan pelarasan terbaharu harga runcit petroleum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd