Sunday, April 14, 2024

Creating liberating content

Perak Perlu Laksana Catuan...

BAGAN SERAI - Perak perlu melaksanakan catuan bekalan air bagi mengelak air di...

Bayi Kebulur Ditinggal Ibu...

JOHOR BAHRU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sedang mengesan seorang ibu yang tergamak...

Penguatkuasaan Terhadap Aktiviti Syiah...

IPOH - Penguatkuasaan bagi mengekang aktiviti penyebaran fahaman Syiah di negara ini perlu...

Curi Piza Bayar Semula...

SEORANG pelanggan yang terdesak dengan bertindak mencuri piza untuk memberi makan kepada anaknya...

3 GAMBAR: Mengerikan!!! Budak 9 Tahun Putus Tangan Akibat Mercun

*AMARAN: GAMBAR MUNGKIN TERLALU ‘EKSTRIM’ BUAT SESETENGAH ORANG

Hari Raya Aidiladha hanya akan disambut Ahad ini tapi apa yang menyedihkan dah pun ada kes budak putus tangan akibat mercun.

Itulah yang berlaku pada seorang kanak-kanak berusia 9 tahun dari Felda Keratong 1, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang semalam.

Kalau nak disalahkan ibu bapa sepenuhnya setiap kali tragedi ini berlaku payah juga.

Maklumlah setakat harga mercun yang dijual berleluasa meski pun diharamkan undang-undang Malaysia, sesetengahnya mampu dibeli oleh kanak-kanak sebelum bermain dengannya di belakang ibu bapa yang menegah perbuatan itu.

Seperti kejadian malang menimpa kanak-kanak tahun tiga ini, ibunya hanya sedar apa telah berlaku selepas mendengar bunyi letupan diikuti jeritan anaknya yang sudah terbaring.

Mangsa dipercayai terlambat membaling mercun selepas membakarnya.

Kejadian jam 5 petang semalam meninggalkan akibat yang amat dahsyat kepada kanak-kanak terbabit kerana dia mungkin kehilangan pergelangan tangannya kerana kecederaan yang terlalu parah.


tangan1 (wm)

Ini dapat dilihat daripada gambar-gambar keadaan mangsa yang tersangat mengerikan.

tangan (wmwmwm)

tangan2 (wm)
Difahamkan keadaan mangsa kini stabil dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan.

Semoga ia menjadi pengajaran berguna buat kanak-kanak di luar sana agar faham mengapa ibu bapa melarang mereka bermain mercun.

Kepada penjual mercun pula bayangkanlah kejadian ini menimpa anak anda, puas hati kalau dah sampai jadi begini? – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.MY

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori