• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

170,000 Peminjam PTPTN Berpeluang Bincang

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Sebanyak 170,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), diberi peluang berbincang mengenai kaedah pembayaran balik sebelum nama disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh berkata selama ini PTPTN amat fleksible namun ada yang mengambil kesempatan dengan langsung tidak membuat pembayaran.

“Bila kita umum pelaksanaan langkah itu nanti, kita akan beri tempoh tiga bulan untuk peminjam berbincang dan seterusnya membuat bayaran sebelum nama disenaraikan dalam CCRIS.

“Kita ada maklumat peminjam dan tahu ada di antara mereka bergaji lumayan tetapi langsung tidak datang ke PTPTN dalam tempoh tiga tahun untuk berbincang mahupun membuat sebarang bayaran,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai laporan akhbar hari ini mengenai langkah PTPTN untuk mengambil tindakan lebih tegas dalam usaha mengutip semula pinjaman dengan menyenaraikan peminjam tegar dalam CCRIS.

Menurut laporan itu, pada peringkat permulaan CCRIS akan dikenakan terhadap 170,000 peminjam tegar yang langsung tidak menjelaskan pinjaman berjumlah RM1.2 bilion sejak 1998 hingga 2010.

Idris menegaskan bahawa PTPTN sedia berunding untuk mencari jalan penyelesaian dan berbincang mengenai bayaran mengikut kemampuan peminjam sebelum sebarang tindakan tegas diambil.

Terdahulu Idris menyampaikan geran program Malaysia Laboratories for Academia-Business Collaboration (myLAB), penyerahan watikah program Higher Institution Centre of Excellence (HICoe) dan pengiktirafan penyelidik cemerlang di Kementerian Pendidikan di sini. – BERNAMA

Tags: Idris JusohPTPTN
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

Adam Adli Jadi ‘Bahan Lawak’ Netizen

16/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Pelantikan Adam Adli Abdul Halim sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi (KPT) mencetuskan gelombang reaksi di media sosial, namun...

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

Pendidikan Percuma PTPTN Untuk 5,800 Pelajar Keluarga Miskin

10/10/2025
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberikan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kepada 5,800 pelajar dari keluarga miskin...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd