Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

SPRM Ambil Keterangan Sivakumar...

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengambil keterangan Menteri Sumber Manusia,...

Pelajar Maut Kereta Hilang...

PITAS - Kereta yang dinaiki empat pelajar wanita yang maut berhampiran Loji Penapis...

SPRM Reman 4 Individu...

PUTRAJAYA - Empat individu termasuk seorang pegawai di sebuah kementerian direman enam hari...

Mayat Mangsa Kebakaran Tidak...

IPOH - Mayat kesemua mangsa yang maut dalam kebakaran di kawasan perindustrian Puncak...

Zamani Puas Hati Prestasi Dua Pelumba

PENGURUS pasukan BikeART Kawasaki Racing, Ahmad Zamani Baharudin berpuas hati dengan perkembangan dua pelumba SuperSports 600cc mereka, Hazlanshah Mohd Noor dan Mohd Farid Badrul Hisham dan menjangkakan kedua-duanya akan tampil lebih baik pada pusingan keempat Kejuaraan Motosikal Asia PETRONAS (ARRC) di Litar Suzuka, minggu ini.

Zamani yang juga bekas pelumba handalan negara berkata kedua-dua pelumba itu mampu menangani cabaran sengit berhadapan jaguh-jaguh terkemuka Asia dan menampilkan aksi konsisten sepanjang musim ini sekalipun kekurangan pengalaman menjadi kekangan utama untuk berada di kelompok depan.

Setakat tiga pusingan lepas, pencapaian terbaik Hazlanshah adalah ketika meraih tempat kelapan sewaktu pusingan kedua di Indonesia dan kini menduduki tangga ke-18 keseluruhan dengan mengumpul 11 mata manakala Farid di tempat ke-10 pada pusingan lepas di Autopolis, Jepun dan kini menduduki tangga ke-21 keseluruhan.

“Kedua-dua mereka masih baru dan muda, jadi banyak ruang dan masa lagi untuk mempertingkatkan prestasi mereka. Setakat ini, kami berpuas hati dengan pencapaian dan kemajuan yang ditunjukkan oleh mereka berdua,” jelas Zamani.


Zamani yang juga merupakan abang kepada juara tiga kali CP130/Expert Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, Ahmad Fuad Baharudin berkata, “Kami kini dapat memantau perkembangan dan kesilapan kedua-dua pelumba dengan mudah apabila aplikasi teknologi baru yang digunakan oleh pasukan dapat mengesan aksi mereka pada setiap pusingan di litar. Hazlan yang bermula dari siri Supermoto kini sudah serasi dengan gaya dan jentera SuperSports 600cc manakala Farid yang menggunakan jentera Yamaha sepanjang dua tahun lepas semakin menguasai jentera Kawasaki. Perkembangan ini merupakan satu petanda positif dan dengan data yang dikumpul dapat membantu meringankan tugas jurutera pasukan,” jelas Zamani.

“Meskipun begitu, kami masih ketinggalan jauh di belakang pelumba-pelumba lain, faktor pengalaman mungkin menjadi penyebab utama. Selain itu, pada masa sama kami perlu meletakkan sasaran realistik untuk menamatkan perlumbaan sekurang-kurangnya di kedududukan 10 pelumba terbaik berbanding merebut kedudukan podium.”

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing, Mohd Zamri Baba sedang mendahului senarai keseluruhan SuperSports 600cc dengan 99 mata diikuti Katsuaki Fujiwara (BEET Kawasaki Racing) di kedudukan kedua dengan 87 mata. Rakan sepasukan Zamri, Makoto Tamada di kedudukan ketiga dengan 66 mata.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori