• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita OKU Rentung Dalam Kebakaran Di Seremban

oleh Ahmad Albab
30/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Seorang wanita Orang Kurang Upaya (OKU) rentung dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Kampung Baru, Blok A, Ampangan di sini hari ini.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Norazam Khamis berkata mayat Irawati Malindo, 30, dijumpai di pintu depan rumah dan dia dipercayai cuba menyelamatkan diri tetapi gagal.

Beliau berkata 30 anggota bersama tiga buah jentera iaitu dua dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan sebuah dari Balai Bomba dan Penyelamat Senawang dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 5.45 petang.

Ketika kejadian, mangsa tinggal seorang diri manakala anggota keluarga yang lain tiada di rumah, kata Norazam kepada pemberita di sini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati api marak di bahagian tengah rumah dan merebak begitu cepat.

“Api sedang marak ketika pasukan bomba sampai dan kita mengambil masa 10 minit untuk mengawal kebakaran daripada merebak. Turut musnah dalam kebakaran itu dua buah kereta. Kita juga berjaya menyelamatkan enam buah rumah berhampiran,” katanya.

Punca dan jumlah kerugian sedang disiasat.

Sementara itu, seorang adik mangsa, Nabila, 24, berkata dia baru balik kerja apabila mendapati jentera bomba di situ.

“Saya mula merasa curiga dan apabila mendekati, saya dapati rumah emak saya terbakar. Saya cuba hendak menyelamatkan kakak saya, tetapi tidak mampu kerana api sedang marak.

“Kami tinggal enam beradik di rumah itu, emak dan adik beradik yang lain tiada di rumah kerana pergi bekerja. Kakak tinggal seorang diri di rumah. Kali terakhir saya lihat kakak pagi tadi sebelum pergi kerja,” katanya.

Seorang jiran, Badrul Hisham Abdul Kadir, 45, pula berkata pada mulanya dia menyangkakan tayar terbakar namun sebaliknya mendapati rumah jirannya yang terbakar.

“Saya kemudian terus panggil bomba. Saya dan beberapa jiran lain cuba membantu menyelamatkan kereta tetapi tidak berdaya kerana api sedang marak dan bahang api yang panas,” katanya. – BERNAMA

Tags: kebakaranOKU
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

Identiti Lima Sekeluarga Terkorban Dalam Kebakaran Ulu Dong Disahkan

26/02/2026
0

Raub: Polis mengesahkan identiti lima sekeluarga yang terkorban dalam tragedi kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, awal pagi tadi....

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

Bapa Nekad Redah Api Selamatkan Anak, Isteri, Cedera Melecur Pada Muka, Badan

15/02/2026
0

KOTA BELUD: Seorang bapa melecur pada muka dan badan selepas nekad meredah api bagi menyelamatkan isteri serta tiga anaknya dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd