Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Ekspedisi Fjällräven: Rizal Peroleh...

PENGGEMAR aktiviti ekstrem, Mohd. Khairizal bakal mencatat sejarah sebagai rakyat Malaysia pertama yang...

Kepak Ayam Dari Sumber...

KUCHING - Kepak ayam yang dikeluarkan di dalam negara atau diimport dari sumber...

Hentikan Memfitnah 1MDB –...

PORT DICKSON - Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meminta mana-mana...

JPV Selamatkan Lembu 3...

PEKAN - Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) hari ini membantu memindahkan kira-kira 80 ekor...

VIDEO : Semangat Kawan-Kawan Jadi Penggerak Calon BN

TUMPAT – Semangat yang diberikan rakan-rakan yang datang mengucapkan selamat kepadanya dan memeluk dijadikan kekuatan oleh calon Barisan Nasional (BN) untuk terus berkempen dengan bersungguh-sungguh bagi menghadapi cabaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor.

Mat Razi Mat Ail, 48, dilihat gigih bergerak di seluruh kawasan DUN berkenaan di Tumpat bagi bertemu para pengundi dan mendapatkan sokongan mereka menjelang hari mengundi yang ditetapkan pada 25 September ini.

“Semangat yang diberikan oleh rakan-rakan, yang memeluk saya yang memberi semangat dan motivasi kepada saya.. In Sha Allah, mereka dengan penuh yakin saya ini akan diberi kekuatan oleh Allah untuk bergerak dalam keadaan sihat walafiat,” katanya kepada Mynewshub.cc malam tadi.

Beliau ditemui ketika berada di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bunohan malam tadi bertemu dengan pengundi dan menyaksikan persembahan dikir barat bersama dengan kira-kira lebih 400 orang pengunjung.

Mengulas mengenai cabaran untuk meyakinkan pengundi bahawa beliau boleh memikul tanggungjawab menggantikan peyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebelum ini iaitu Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang berkhidmat selama tiga penggal di Pengkalan Kubor, beliau ada cara tersendiri.

“Selepas penamaan calon kelmarin, saya terus bergerak pantas untuk bersama dengan pengundi-pengundi, mungkin tidak berkesempatan semua menemui 24,000 pengundi, apapun saya sedaya upaya cuba bertemu dengan masyarakat, bertemu dengan rakyat.

“Semoga rakyat dapat mengenali saya lebih dekat yang mana mungkin orang tua-tua yang sebelum ini mengenali Allahyarham Datuk Noor Zahidi, jadi saya memaklumkan kepada mereka saya ni akan menggantikan Allahyarham jadi mereka boleh terima dan Ins Sha Allah mereka mengenali lebih dekat dengan saya.

“Saya juga akan cuba sedaya upaya jika diberi mandat, saya akan cuba memakmurkan kawasan N01,” katanya.


Mengulas mengenai serangan daripada PAS berkenaan gelaran ustaz yang tidak layak disandang olehnya kerana beliau merupakan seorang guru, beliau tidak dapat menghalang panggilan itu kerana orang ramai yang memanggil beliau dengan panggilan itu.

“Panggilan tidak ada masalah, itu saya tidak minta dipanggil, kita biasa sahaja, kerana saya seorang guru sekolah, panggilan ustaz itu adalah kerana minat masyarakat untuk memanggil saya, mungkin mereka melihat saya sentiasa berpakaian macam ini (jubah).

“Pakaian sebegini sudah menjadi kegemaran, pakaian ini bukan hari ini kita nak bertanding, hari ini kita boleh buat-buat, tidak boleh, ia kena didikan daripada awal,” katanya.

http://youtu.be/AuWIGWN7zGA?list=UU78eQrj9L-rgLHoSw-FbMWQ

Mat Razi, akan berhadapan cabaran daripada calon PAS yang juga Penyelia DUN Pas kawasan Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary bagi mempertahankan kerusi DUN Pengkalan Kubor di tangan BN.

Pilihan Raya di Pengkalan Kubor diadakan untuk menggantikan Allahyarham Noor Zahidi yang meninggal dunia pada 20 Ogos lepas. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K | Video dan Foto : RIZA RAZAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori