Sample Page Title

Sejak dahulu lagi, pelantikan Menteri Besar oleh PAS untuk Kelantan dan Terengganu tidak perlu melalui perbincangan dalam Ahli Jawatankuasa PAS Pusat kerana pemilihan calon Menteri Besar adalah atas kuasa Presiden.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pada ketika PAS memenangi negeri Kelantan pada tahun 1990, Presiden pada ketika itu Allahyarham Datuk Fadzil Muhammad Noor hanya menelefon para pemimpin lain untuk memaklumkan pelantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan pada ketika itu.

“Budi bicara kita dalam parti PAS ini sejak dahulu mengikut Perlembagaan parti.

“Perlembagaan PAS mengatakan presiden ada hak dia untuk buat keputusan tentang perkara-perkara yang berkait dengan parti dan ahli parti, timbalan dan naib-naib kena dukung keputusan presiden.. Ini perlembagaan parti,” kata Abdul Hadi pada Majlis Dialog Dan Penjelasan Isu Terkini di Rusila, Marang, Terengganu semalam.

Menurut beliau, sejak tahun 1959 memerintah Terengganu dan Kelantan terus sampai tahun 1978, sejak beliau berada dalam Jawatankuasa PAS Pusat, pelantikan Menteri Besar tidak dirujuk langsung dengan Jawatankuasa PAS Pusat.

“Bila kita menang di Kelantan 1990, di mana Ustaz Fadzil (Allahyarham) telefon kepada saya dan Setiausaha Agung setuju hendak lantik Tuan Guru Nik Aziz jadi Menteri Besar Kelantan, kita lantik terus,” katanya.

Beliau menjawab soalan hadirin yang bertanya berkenaan keputusan isu Menteri Besar Selangor yang mana nama calonnya diputuskan pada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 17 Ogos lepas.

Ketika itu, PAS bersetuju menamakan dua calon iaitu Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya Mohamed Azmin Ali sebagai calon.


Dalam soal pencalonan siapa Menteri Besar Selangor, Abdul Hadi berkata PKR dan DAP hanya bersetuju dengan satu nama sahaja iaitu Dr Wan Azizah dan PAS tidak boleh mengikut keputusan itu.

“PKR dan DAP minta PAS sokong satu nama sahaja, PAS kata tak boleh.. PAS kena hantar kerana kalau tidak Sultan Selangor tak ada pilihan.. Kalau Sultan tiada pilihan, tak betul kita, salah dari segi budi bicaranya.

“Maka PAS bubuh nama yang lain, bila bubuh nama lain DAP dan PKR tolak cadangan kita (PAS) ini. Bila parti itu tolak cadangan kita maka terpulang pada kita sendirilah, kerana Sultan hantar kepada masing-masing,” katanya sambil enggan mendedahkan nama yang dihantar kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan.

Majlis berkenaan diadakan PAS dan menjadi pentas pertama Abdul Hadi menjelaskan kepada ahli PAS di peringkat akar umbi berkaitan perkara sebenar yang berlaku dalam kemelut penukaran Menteri Besar Selangor itu. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Data Pelanggan Hotel Shangri-La Digodam

SINGAPURA: Rangkaian hotel mewah Kumpulan Shangri-La memaklumkan pangkalan data pelanggannya di lapan negara Asia...

Korea Utara Didakwa Lancar Dua Peluru Berpandu Balistik

SEOUL: Tentera Korea Selatan mendakwa Pyongyang melancarkan dua peluru berpandu balistik pada awal pagi...

Raja Permaisuri Agong Seru Kerajaan Tubuh Pusat Latihan Demensia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini menyeru...

KPDNHEP Bincang Isu Bekalan Telur Ayam Isnin Ini

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mengadakan Mesyuarat...

Angka Korban Letupan Bom Di Kabul Meningkat Kepada 35 Orang

KABUL: Angka kematian akibat serangan bom berani mati di sebuah pusat pendidikan di ibu...

KSM Lulus 541,315 Kuota Pengambilan Pekerja Warga Asing

PUTRAJAYA - Kementerian Sumber Manusia (KSM) meluluskan sejumlah 541,315 kuota pengambilan pekerja warga asing...

Dua Lelaki Bermotosikal Tembak Kereta Di Sitiawan

LUMUT – Dua lelaki menaiki sebuah motosikal menembak cermin belakang sebuah kereta yang diparkir...