Sample Page Title

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mula memperlekehkan negeri Selangor dalam satu ucapan beliau dan menganggap isu pemilihan Menteri Besar untuk mentadbir negeri itu sebagai remeh.

Dalam ucapan itu, beliau membandingkan kenapa perlu dibuat dengan sebegitu rumit kerana hanya untuk melantik Menteri Besar, bukannya khalifah umat Islam sedunia.

Anwar mengulas keputusan yang diambil oleh PAS yang mengatakan tidak setuju Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan sebagai Menteri Besar kerana tidak berkebolehan mentadbir sebuah kerajaan negeri.

“Saya tidak setuju kalau ini dianggap sikap rasmi PAS, sikap rasmi PAS masih bertahan di dalam PR walaupun kenyataannya bercanggah dengan keputusan awal, sebab itu saya secara baik bertanya.

“Apa betulkah alasannya sebab wanita? Dia kata ini soalan bodoh.. Kalau betul bagitahu kerana kita boleh jawab kerana saya juga ada rujuk, Qardhawi sebut begini, Badan Ulamak Indonesia sebut begini.. Ada ulasan-ulasan dia.

“Bukannya nak melantik Amirul Mukminin.. Bukan, bukan khalifah umat Islam sedunia, tapi lantik Menteri Besar Selangor,” katanya dalam ucapan di Pusat Untuk Reformasi Demokrasi dan Insiatif Sosial di Puchong pada 30 Ogos lepas.

Bagi Anwar kemungkinan perkara itu terlalu remeh kerana apa yang mahu dilihat bukannya kepentingan dan masa depan rakyat Selangor tetapi perkara lain, tetapi bagi Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, pelantikan itu adalah untuk masa depan rakyat di bawah pemerintahan baginda.


Lebih-lebih lagi, ramai mengatakan cara penukaran Menteri Besar itu dibuat dengan penuh tergesa-gesa tanpa menghormati prinsip demokrasi apabila memaksa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang sebelum ini meletakkan jawatan.

Dalam strategi itu yang dikenali sebagai “Langkah Kajang”, pada asalnya Anwar yang mahu bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu bagaimanapun diletakkan isterinya Dr Wan Azizah selepas Anwar diputuskan bersalah dalam kes liwat II beliau dengan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Ucapan itu jelas memperlihatkan betapa Selangor tidak penting untuk Anwar kerana langkah Sultan Selangor membuat pelantikan berkenaan dengan baik dipandang remeh oleh bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat itu. – MYNEWSHUB

Oleh : IBNU K

Kategori

Artikel Berkaitan

Leave a Reply

Terkini

Kanada Berisiko Dilanda Taufan Fiona Hari Ini

KANADA: Hujan lebat dan angin kencang yang dibawa Taufan Fiona sudah melanda Bermuda yang...

Varian Baharu Omicron, BF.7 Dikenal Pasti

WASHINGTON – Saintis-saintis menemui satu lagi varian terbaharu Covid-19 yang bermutasi menjadi lebih kebal...

Bayi Perempuan Baru Lahir Ditinggalkan Di Atas Jalan Raya

KENINGAU: Seorang bayi perempuan yang baru lahir dan masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di...

Lelaki Panah Anjing Hingga Mati Dicari Polis

PETALING JAYA: Polis sedang mengesan individu yang bertindak membunuh anjing terbiar dengan menembaknya dengan...

Antara Setiakawan Tok Mat Dan “Poster Boy” BN

Tiada siapa boleh mempertikaikan semangat setiakawan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamad...

‘Datin’ Isteri Bekas Ahli Perniagaan Maut Dibunuh

SEREMBAN – Seorang wanita warga emas bergelar ‘Datin’ maut selepas dipercayai bergelut dengan suspek...

PM Cipta Sejarah Ucap Dalam BM Pada Perhimpunan PBB

New York : Enam puluh lima tahun selepas seorang pemimpin negara bernama Ismail mencipta...