• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

UPSR: 30 Individu Telah Diambil Keterangan Setakat Sabtu

oleh Ahmad Albab
21/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis telah mengambil keterangan daripada 30 individu setakat hari ini untuk membantu siasatan berhubung kes kebocoran soalan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Gan Kong Meng berkata 30 individu itu terdiri daripada lapan pegawai Lembaga Peperiksaan Malaysia, seorang pegawai Kementerian Pendidikan, seorang jurutera, seorang wartawan serta 19 guru.

“Polis menjangkakan akan ada tangkapan lagi dalam masa terdekat, kertas siasatan juga akan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara dalam tempoh seminggu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Sementara itu, 11 daripada 14 individu yang ditahan telah dibebaskan dengan jaminan polis hari ini, manakala tiga lagi masih direman sehingga Isnin ini.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya pada 11 Sept manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum murid mendudukinya pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 Sept ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu. – BERNAMA

Tags: polisUPSR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

Insya-Allah 90% Anggota Tentera, Polis Sokong BN Seperti PRN Johor – Asyraf Wajdi

28/07/2026
0

SEREMBAN – Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengucapkan selamat mengundi kepada semua anggota keselamatan yang menunaikan tanggungjawab...

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

Undilah Dengan Hati Nurani, Onn Hafiz Mohon Sokongan Anggota Keselamatan Pada 7 Julai

05/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memohon kepada anggota tentera, polis dan seluruh warga pasukan keselamatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd